Thursday, January 14, 2010

Wajah Rasululullah

Saidina Ali bin Abi Talib berkata, " sesiapa yang baru melihat wajah Rasulullah s.a.w, nescaya dia akan merasa takut kerana kehebatan wajahnya. Tetapi apabila seseorang sudah bergaul lama dengan baginda, dia pasti akan merasa sangat sayang kepadanya." Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda "Aku sangat serupa dengan Nabi Adam dan Nabi Ibrahim. Tetapi antara keduanya agak jauh perbezaannya." Enam orang nabi yang mempunyai bentuk wajah (iras) yang agak sama dengan Rasulullah ialah Nabi Idris, Nabi Ismail, nabi Ya'kub' Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Nabi Harun as". Imam as-Syafei juga adalah dari keturunan Rasulullah dan datuknya as-Saib bin Abu Yazid juga memiliki iras wajah seperti Rasulullah.

Sedikit tentang sifat Rasulullah.. apabila berjalan, selalu kanak-kanak datang mengelilingi baginda kerana sifat penyayang. Apabila gembira, baginda senyum dengan seluruh hatinya, ketawanya adalah senyuman dan baginda tidak ketawa secara kuat. Apabila bertemu orang, baginda akan memberi salam terlebih dahulu sebelum orang sempat memberi salam. Baginda sangat kasih terhadap fakir miskin, anak yatim dan haiwan. Kalau berjalan, pandangan matanya lebih banyak ke bumi berbanding ke hadapan (rupanya, berjalan tunduk tu salah satu sunnah).. Baginda sangat memelihara pakaiannya agar sentiasa rapi dan bersih. Baginda juga sangat suka pakaian yang berwarna putih. Selain itu, wajah baginda sentiasa kelihatan bersih, bersinar dan bercahaya.

Rujukan : "Riwayat Rasulullah s.a.w : Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w". Gabungan beberapa buah kitab sirah nabi tulisan Maulana Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi.

2 comments:

  1. siti najihah abu bakarJanuary 14, 2010 at 9:17 PM

    Hope ada part II tentang watak-watak Rasulullah... Great work kak as!

    ReplyDelete
  2. Haah.setuju2....sesungguhnya aku bertuah berada di dlm islam...sgt2 bertuah...(^_<)

    ReplyDelete