Monday, December 6, 2010

ADAKAH KAU LUPA




*** Ayuh kita imbas sejarah lampau, setelah kewafatan Rasulullah saw, muncul generasi sahabat, tabi'in kemudian tabi' tabi'in. Imam Syafie sebagai contohnya, telah menghafal al-Quran pada usia sembilan tahun serta berjaya menghafal isi kitab Al Muwatha' karangan Imam Malik yang mengandungi 1,720 hadis dengan sempurna pada usia sepuluh tahun. Usamah bin Zaid dan Muhammad bin Qasim menjadi panglima perang seawal usia 18 tahun. Muhammad al-Fateh membuka kota konstantinople seawal usia 21 tahun dan ramai lagi pemuda seperti Mus’ab Bin Umair, Umar Abdul Aziz, Abdullah bin Mas'ud, Ubai bin Ka'ab, Muaz bin Jabal dan lainnya yang telah melakar sejarah bangsa. Pemuda seusia mereka, pada hari ini masih samar hala tuju, masih berhadapan krisis identiti, bahkan masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan mereka. Di manakah silapnya kita?

Sunday, December 5, 2010

QALAM ULAMA' - siri 2

Assalamualaikum. Lebih setengah tahun menyepi. Kasihan blog ni. Tuannya sibuk dengan tugasan lain, kalau online pun asyik ke facebook. Sebenarnya bukan susah menulis di blog, tapi ada saja halangan kalau nak menulis. Tapi dakwah 'bil hal' tetap berjalan, mungkin wacana blogger waktu ini dipandang agak sepi. Facebook pula jadi tumpuan.. Tak salah alihkan sedikit perhatian ke facebook untuk urusan dakwah dan kebajikan. Ustaz Zahazan pun dah pandai ber-facebook.

Ada beberapa qalam ulama yang boleh dijadikan ikhtibar , salah satunya telah dibincangkan sebelum ni, iaitu kata Syeikh Abdul Qadir Jilani, "sesiapa yang mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi."

Kali ni kita tenung dan renung pula qalam Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih :


Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah), jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.

Gunakan waktumu untuk agama, jika tidak waktu pun akan habis juga tapi bukan untuk agama.

Gunakan hartamu untuk agama, jika tidak harta pun akan habis juga tapi bukan untuk agama.

Mati lah kamu dalam jihad menegakkan agama, jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.


*** Urusan kita seharian tidak pernah terpisah dengan agama bahkan tugas kita yang masih belajar di sekolah dan universiti, atau yang berkerja sebagai manager, doktor, peguam, peladang, penternak, peniaga pasar malam, penjual tiket, polis dan sebagainya 'tidak boleh tidak' harus terikat dengan agama dan dengan niat menegakkan agama Allah. Sia-sia segala kejayaan atau kekayaan sekiranya tidak ada sumbangan terhadap pembangunan ketamadunan ummah. Perkerjaan yang tidak diniatkan ikhlas kerana Allah, Ibarat melemparkan pancing yang tiada umpan, waktu terbuang, hasilnya tiada. wallahua'lam