Saturday, January 16, 2010

SATU HATI

"Tidak akan terkumpul dalam hati seorang hamba kekikiran dan keimanan" (maksud hadith)


bilamana cenderung hati kepada perkara2 lagha, nescaya khusyuk akan makin jauh.. andaikata hiburan menjadi teman seharian, sudah tentu al-Quran semakin dilupakan.. bahkan kehidupan yang gemar kepada maksiat menjauhkan manusia dengan ibadah.. sampaikan hati yang penuh dengan takabbur dan sombong pasti menghilangkan tawaddu'.. dan sikap boros menjauhkan qanaah serta hati yang zalim buat manusia lupa kepada belas ehsan.. Lemahnya manusia.. yang hanya-sanya memiliki satu hati.. yang padanya tidak boleh dikumpulkan dua cinta.. seandainya dunia menjadi matlamatnya, nescaya akhirat semakin dilupa.. alangkah baiknya seandainya matlamat dunia hanya di genggaman, namun akhirat tetap di dalam hati.

*** teringat saya pada satu analogi, andaikata kita memakan dua jenis makanan yang sangat manis, hanya satu sahaja kemanisan yang dapat dinikmati.. yang selebihnya akan merasa hambar.. kerana itu, setiap kali kita seronok dengan nikmat dunia, jangan dilupa destinasi akhirat yang mungkin semakin diabaikan.. Wallahua'lam

5 comments:

  1. Assalamualaikum pembuka bicara..manusia semakin alpa kerana banyaknya cabaran di luar sana terutama kemodenan barat yang telah dicipta untuk menghanyutkan orang2 islam..Jadi, marilah bersatu hati..

    ReplyDelete
  2. i agree with you. but what should we do to avoid being in that situation? does that mean we should not socialize? go out and party? well i am not one for partying, but i do have a friend.

    in this modern era, there are lots of attraction or should i say distraction.

    could you tell me ways to advise someone who does not like to be advised?

    ReplyDelete
  3. salam 2 dearest akak blogger,
    this topic catched my eyes... memang sangat tepat kita hanya punya 1hati & 1 jiwa.. bila kita dekat dengan maksiat, ibadah kita tinggalkan.. for instant, a whole day in amusement park, asyik sangat bermain, solat seakan2 dah xpenting.. zaman2 skarang nie, biasala budak2, lagi2 budak U...bila dah dengan kawan2, ajak kluar gi event apa2, bila kita pegi event tue (e.g. konsert AF), event will start at 8.30pm, but we need 2 be in b4 7, pastu dah tak dibenarkan keluar... maghrib burn lagi...kadang2 buat2 xingat... 2 cut it short, manusia nie sebenarnya sedar apa yang diowg buat 2 salah, tapi kenapa tetap juga nak buat? apa nasihat akak pada saya peminat no 1 akak nie... hoho

    ReplyDelete
  4. salam "toohardwork"... socialize and mix with people may sometimes be obligatory or mustahabb. That depends on the purpose. If mixing with others is for the purpose of cooperating in righteousness and piety, then it is enjoined; but if it is for the purpose of cooperating in sin and transgression, then it is forbidden.

    Sometimes, we can advice people by qudwah hasanah. This can be achieved through the righteous values obtained from the knowledge that must be internalised until it translate into positive spontaneous behaviours that is demonstrated without coercion. InsyaAllah people will respect the "qudwah hasanah" person and try to accept the advice.

    ReplyDelete
  5. salam adik clueless.. the cure is istighfar dan taubah.. kadang-kala manusia memang lalai.. always remember that "qarin" (syaitan) yang sentiasa menghasut kita bermaksiat tidak henti2. Akak akan letakkan satu post yang menarik untuk tatapan manusia yang sentiasa lalai.. iaitu kisah ibrahim bin adham (abid/sufi) dengan seorang lelaki pelaku maksiat.. adik jgn lupa baca ye.. dan sebarkan kepada kwn2.

    ReplyDelete