Tuesday, September 27, 2011

ISLAM DI TURKI

Turki yang ku kenal..


Menjejakkan kaki ke sebuah negara yang berkurun lalu ditopengkan sekular bagaikan satu pengalaman yang cukup memberi kesan. Walaupun tidak lama, penjelajahan yang sedetik ini benar-benar telah menambah rasa syukur di atas nikmat Islam yang telah Allah kurniakan.


Antalya city - Kota lama yang terletak di persisir laut Mediterranian. Sebuah bandar yang agak sibuk tetapi aliran trafiknya masih lancar. Kebetulan belumpun habis musim panas maka suhu mencecah sehingga 41 degree dengan bahang udara panas membakar. Terasa seperti menggigit-gigit kulit, kesan sunburn melegapkan seluruh badan. Yang hairan, ratusan mat salleh dengan senangnya berjemur di sepanjang pantai. Pelik, mereka gembira dapat menggelapkan kulit sambil bermandikan matahari. Istilah sun bathing sudah lali pada musim panas di antalya. Seksa kepanasan dianggap perkara remeh yang perlu dihadapi untuk mendapat kulit keperangan.



Islam di Antalya - Mungkin disebabkan kota ini tumpuan pelancong menjadikannya kelihatan seperti negara asing. Agak payah menemui wanita bertudung di mana-mana. Masjid-masjid di kota Antalya bagaikan muzium yang hanya menerima rombongan orang yang keluar masuk untuk melihat keseniannya. Kebetulan hari terakhir melawat kota tersebut merupakan Jumaat, menyaksikan jemaah yang solat terlalu ramai sehingga melimpah ke kawasan pokok tamar. Satu-satunya fenomena yang menyedapkan hati sebelum meninggalkan kota Antalya.


Istanbul - Rasulullah pernah bersabda, “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” (H.R. Ahmad bin Hanbal al-Musnad 4/335)


Konstantinopel yang ditakluk oleh sultan Muhammad al-fateh telah menyaksikan keruntuhan kerajaan turki Uthmaniyah akibat sekularisme yang dibawa oleh Mustafa Kamal Attaturk. Istanbul yang merupakan ibu kota Turki di Eropah lebih terkenal berbanding Ankara yang merupakan ibu kota Turki di Asia. Terlalu banyak tempat bersejarah yang perlu disinggahi, segalanya bagai menceritakan tentang kegemilangan dan perkembangan peradaban Islam. Kebiadaban Mustafa Kamal attaturk akhirnya telah meruntuhkan kerajaan Islam di turki dan menyebabkan berlakunya korupsi yang dahsyat dengan kadar inflasi yang tidak dapat dibendung. Akhirnya Turki tidak lagi terkenal sebagai sebuah negara Islam yang gemilang.


Istanbul 2011 - Sinar baru di Istanbul dan seluruh Turki. Parti pimpinan Rajab Tayyib Erdogan yang sudah menang pilihanraya 3 kali berturut-turut menyaksikan Turki mula bangkit menjadi sebuah negara Islam yang disegani. Sayang sekali andainya penduduk Turki yang hampir 99% beragama Islam tidak mengamalkan Islam. Namun hari ini dikatakan hampir 65% wanita di Turki memakai tudung. Azan berkumandang di segenap pelusuk Istanbul dan ramai yang bergegas untuk solat berjemaah. Berlegar-legar di Kota Istanbul pada waktu siang atau malam adalah selamat. Itu jaminan penduduk turki. Masyarakat Istanbul sangat ramah dan sopan. Walaupun sebilangan besar tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka mesra menegur,tidak bersikap kasar juga menghormati tetamu. Bahkan sangat membantu ketika dalam kesusahan. Mungkin itu kekurangan masyarakat Islam di Malaysia yang kebiasaannya lebih bersilaturrahim dengan orang-orang yang dikenali sahaja.


Penggunaan mata wang Turki Lira, Euro dan US dolar dibenarkan untuk segala macam perkara. Walaubagaimanapun, mata wang RM tetap jauh lebih rendah. Shopping di GRAND BAZAR mungkin perkara menarik tapi lebih mahal berbanding deretan kedai-kedai sepanjang jalan ke hotel.


Masa yang singkat menghadkan perjalanan yang begitu menyeronokkan. Masing-masing bercita-cita untuk kembali ke Istanbul untuk menyambung saki-baki penerokaan, ataupun masih lagi mengulang ke tempat-tempat yang telah dijejaki, dengan laluan Bosporus yang sama. Mudah-mudahan Islam di Turki kembali gemilang, dan kegemilangannya tersebar keseluruh eropah, asia timur dan barat. Sekembali ke tanah air, harapan itu tetap sama..




HURUN E'IN - GA 2011 - 2sept-14sept 2011 - antalya - istanbul

No comments:

Post a Comment

Post a Comment