Wednesday, March 3, 2010

Jangan Terpedaya CABUTAN BERTUAH CELCOM

Assalamualaikum

Dah lama tak kemaskini blog.. masih lagi sedang menyiapkan buku sains edisi ke dua tahun ni. tapi disebabkan ada satu cerita menarik yang nak dikongsi bersama, bahkan rasanya cerita sebegini tak boleh disimpan-simpan.. bimbang merugikan orang lain yang mungkin masih belum tahu-menahu akan isu ini..

Selalunya saya akan menerima sms atau email yang nak bagi duit free kerana cabutan bertuah dan sebagainya.. tapi tu semua kita tahu siang2 menipu.. tapi kali ni tektik yang digunakan lebih berani.. si pengusaha duit haram ni terang-terangan menelefon untuk bagi duit free ni.. ada baiknya saya kongsi perbualan antara saya dengan penipu yang mengaku daripada ibu pejabat celcom ni..

encik penipu : assalamualaikum dan selamat pagi
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya bercakap dari ibu pejabat celcom kuala lumpur. adakah encik pemilik no tel 013*******?
saya : ya saya
en. penipu : kami dari celcom ada membuat cabutan bertuah untuk pelanggan kami dan nombor encik telah terpilih mendapat tempat ketiga dengan ganjaran rm5000.
saya : ye ke? (dlm hati: aik, ade ke cabutan bertuah camni? senangnya nk dpt duit.. tpi bagus jugak kalo betul, duit scholar belum masuk lg ni}..
en.penipu : betul encik. kami ingin mengucapkan tahniah kepada encik dan pihak kami akan memasukkan duit ke dalam akaun encik. boleh encik berikan no akaun maybank?
saya : o no akaun? kenapa maybank? CIMB tak boleh?
en. penipu : Tak boleh encik sebab kami berurusan melalui maybank.
saya : ok. tunggu jap. (dalam hati: boleh kot bagi no akaun. sebab selalu beli barangan online memang no akaun bersepah je.. no akaun aman palestin pun ada kt mana2..) .. ok ni no nya.. ************
en. penipu : baiklah encik, encik ada atm kad?
saya : ada, kenapa?
en. penipu : sekiranya encik ingin menuntut duit tersebut, encik perlulah berada di hadapan mana-mana ATM maybank untuk mengeluarkan duit tersebut sebaik sahaja duit di bank-in kan..
saya : aik? macam tu pulak? pelik betul. (dalam hati : sah.. memang orang ni nak menipu.. ) encik, kalau betul-betul nak bagi duit tu, bank-in je la, bila2 saya keluarkan.
en. menipu : tak boleh encik.. sebabnya kami ingin mendapatkan rekod bahawa pelanggan kami telah benar-benar mendapat ganjarannya.
saya : pelik jugak.. maaflah encik, saya sibuk.. sekarang ni kan waktu kerja. mana ada masa nak pergi ATM.
en. penipu : kalau begitu pihak kami akan menelefon encik semula selepas waktu bekerja jam 5 petang.
saya : suka hati la.
en. penipu : pihak kami berharap agar mendapat kerjasama dari pihak encik dan encik sudah bersedia di hadapan mesin ATM pada jam 5.00 petang.
..............................
lepas perbualan pertama, saya yakin ini satu penipuan. tapi rasa nak tahu pulak macammana teknik penipuan ni dapat berkesan menyedut duit daripada akaun kita. sambil berfikir-fikir saya meneruskan kerja tnpa bercerita kepada sesiapa.
................................
JAM 5.00 Petang telefon berdering lagi. masa tu tengah discuss spectrum dengan supervisor di lab

en. penipu : assalamualaikum encik.
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya daripada ibu pejabat celcom tadi. adakah encik sudah berada di hadapan mesin ATM?
saya : Sorry la encik, saya bz sangat tak sempat ke ATM
en. penipu : encik, pagi tadi encik berjanji akan bersedia di mesin ATM selepas waktu pejabat.
saya : (eh, marah plak mamat ni)tak sempat la encik. kenapa beria-ia nak saya duduk depan mesin ATM ni?
en. penipu : seperti yang saya katakan, kami ingin memastikan pelanggan kami menerima wang ganjaran tersebut secara terus.
saya : ye ke? mcm mana encik nak pastikan?
en. penipu : encik perlu berada di hadapan mesin ATM untuk mengetahui kaedahnya. bila encik boleh meluangkan masa mendapatkan mesin ATM?
saya : (berapa kali ntah sebut mesin ATM.. mesin ATM.. rasa cam nak marah tapi disebabkan kat situ ada prof khalijah ngan prof hadiani.. tak jd plak...) oklah encik.. apa kata esok je?
en. penipu : kalau macam tu, pukul berapa esok encik akan berada di mesen ATM?
saya : pukul 10 pagi
................................
Balik malamnya, saya menceritakan penipuan terancang yang tak berapa cerdik ni kat kawan-kawan.. tapi ada gak yang kata "eh, mana tau betul-betul orang tu nak bagi duit?" hehe.. lawak plak.. mana nak dapat duit senang2 mcm tu.. kalau peraduan power root pun ntah paket yang ke berapa puluh ntah baru bleh masuk peraduan, ini tup tup nak bagi duit.. takde plak masuk tv celcom nak buat cabutan bertuah mcm tu.. tapi disebabkan perasaan ingin tahu, saya akan jawab panggilan pagi esok dan merancang sesuatu.. hehee.. tiba-tiba..byk plak masa terluang nak melayan penipu professional ni..
.................................
jam 10.20 pagi telefon berbunyi.. kat situ tertera.. private number.. masa tu ada di lab dengan kawan-kawan lain..

en. penipu : assalamualaikum encik
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya dari ibu pejabat celcom. adakah encik sudah bersedia mendapatkan ganjaran encik daripada mesin ATM maybank?
saya : dah.. sebelum tu siapa nama encik?
en. penipu : nama saya adul aziz sulaiman. adakah encik benar-benar sudah bersedia di hadapan mesin ATM?
saya : dah (haha.. sejak bila pandai berlakon ni?}
en. penipu : (nada happy) kalau begitu encik bolehlah mengikut arahan saya untuk mendapatkan duit encik sebanya rm5000.
saya : ok
en. penipu : masukkan kad ATM encik dan PIN no.
saya : dah
en. penipu : apa yang tertera pada skrin tersebut?
saya : mcm biasa la.. akaun semasa.. akaun simpanan.. (nasib baik bleh imagine)
en. penipu : kalau begitu encik tekan butang lain-lain dan tukar no pin encik kepada 123456
saya : aik, kena tukar no pin plak? encik ni nak masukkan duit dalam akaun saya ke nak saya masukkan duit dalam akaun orang lain.
en. penipu : prosedurnya memang begitu.. masukkan nombor 123456
saya : oo.. ok.. encik nak duit tak? nanti kita share la duit ni
en. penipu : nak share? encik kena masukkan dulu no pin 123456 ke dalam tu..
saya : (hehe..) ok dah
en. penipu : adakah encik pasti? cuba encik masukkan sekali lagi
saya : eh.. kan saya dah masukkan, tak dapat nak detect ke hape?
en. penipu : (bengang) rupanya encik tidak berada di hadapan mesin ATM sekarang.
saya : siapa dah nama encik tadi? abdul aziz? apa ye alamat ibu pejabat celcom?
en. penipu : ...beralamat di jalan semarak
saya : kalau betul encik mendapat maklumat daripada celcom.. adakah encik tahu nama saya selaku pelanggan celcom?
en. penipu : polisi kami adalah cabutan bertuah melalui nombor telefon. jadi kami tidak mengetahui nama pengguna
saya : (hehe.. malas dah nak bohong lg).. encik..kalau encik betul2 daripada celcom encik mesti tahu nama saya kan? kalaupun nak menipu tak payah la guna tektik ni.. semua orang dapat tahu.. saya ni sekolah.. bukan orang bodoh.. (mcm tak caya plak bleh tercakap mcm tu)
en. penipu : apa yang encik cakap ni, saya betul2 daripada celcom
saya : encik, lain kali kalo nak tipu cari la orang yang tak sekolah.. carilah pendatang asing tanpa izin ke.. tau tak kebanyakan orang malaysia ni cerdik, tak semudah tu kena tipu..
en. penipu : apa yang encik cakap ni?
saya : encik ambik la duit tadi tu.. saya bagi kat encik je.. buat beli beras... bagi makan anak-anak pakai duit haram tu..
en. penipu : saya islam, encik pun islam.. saya ni haji tau.
saya : (hehe.. lawak) kalau dah g haji, apa hukum tawaf kalau tak pakai stokin.. sah tak? (apa ke bentuk soalan ntah yang terkeluar spontan.. hahaa)
en. penipu : e..ee..
saya : tak payah dah nak tipu-tipu orang lagi.. duit tu duit haram tau..
en. penipu : @#$%^&**!@#$%%% (mencarut)
saya : dah la encik, tak payah nak mencarut pulak.. duk mana ni, indonesia ke singapore?
en.penipu : sabah
saya : o sabah tadi ckp KL. ni line telefon pun curi ke.. dah la.. kesian plak banyak kena bayar bil telefon.
en. penipu : dah la.. oklah.. saya nak bagi salam. assalamualaikum
saya : malas nak jawab..
.......................................
wah.. satu pengalaman dapat menginterview penjenayah yang terlibat kebas duit orang melalui mesin ATM ni. sungguh menyedihkan bila manusia yang mengaku Islam tak lagi kesah tentang halal haram.. lepas je temubual pagi tadi, cepat2 sms adik2 bagi warning tentang penipu yang berani2 nya call orang. bukan apa, takut adik2 yang masih mentah mudah percaya.. maka habislah duit yang tak seberapa dalam bank tu lesap.. nauzubillah.. mudah-mudahan tak sia-sia conversation tu.. bleh bagi peringatan kepada orang lain. nak buat report polis pun maybe kes ni dah terlalu lazim.. cuma bila terkena kat muka kita rasa excited plak nak tanganinya.. wallahualam

37 comments:

  1. Hahahahahaaaa...very funny!! i like your style!! keeping it cool!!

    ReplyDelete
  2. eee teruknye org tu...nak menipu pun tak reti..name kitapun dia tak tau...agak2nyer en. penipu tu terbaca tak blog ni?hehe

    P/S : kan bagus kalau staf celcom baca blog ni,diorg blh pikir mcm mana nak inform kat org awam mengenai kes penipuan yg menggunakan identiti ' staf celcom'

    ReplyDelete
  3. lagi bagus kalau org yg teringin nak kikis duit org scara haram tu terbaca blog ni..mana tau dia insan sedar cara dia tu tak betul..hehehe(eh betul ke apa aku cakap ni???)

    ReplyDelete
  4. eh insan plak...insaf la...

    ReplyDelete
  5. tu la.. elok jugak en. penipu baca blog ni.. nak tambah nasihat ni.. en. penipu, kita ni bukannya hidup selamanya.. entah esok lusa ajal menjemput.. kena sakit jantung ke hape.. bila dah mati esok2.. Allah akan tanya kita "waktu mudamu ke mana engkau dihabiskan?"... maka terpaksa la en. penipu menjawab.. menyedut duit haram kat ATM maybank... huhu

    ReplyDelete
  6. spatutnyeee kak as pesan la kat die spaya bka blog nie hahahaha....

    ReplyDelete
  7. dia pkai private number..tak dpt nak contct..tang guna private number tu,dia bjak sikit la..so tak blh sape2 detect dia

    ReplyDelete
  8. mse die kol 2 la gtau die..hehe...tp dh terlepas da...he

    ReplyDelete
  9. alamak..name pnipu to abdul aziz bin sulaiman??mamat ni bru kol sy,sruh sy bt mcam2 kat atm.masuk kan pin lah kne tggu pkul 5 ni..dah ad cite mcam ni..sure penipu..harap yg len dpat mbik iktibar.

    ReplyDelete
  10. yang sebenarnya org itu ialah org indon..dan dia buat kerja dr indon..pasal tu berani sbb susah la nk tangkap kt indon...

    ReplyDelete
  11. pagi td saya terima panggilan yg sama macam u,,tp bila saya tipu n said my adik ada keja ka t celcom dia trus letak tepon,,hee..

    ReplyDelete
  12. DAH! BANYAK KALI DAH! D-OFFER! HADIAH WANG (DURIAN-RUNTUH BEGINI) FUHH! BUKAN SIKIT BERPULUH RIBU PUN DOK ADA!? SO RASA X LOGIK AKAL JERK! SENANG GILERR! NAK BERI SEN KAT KITO! HURRRMMM! BOO! LAYAN! JERK LER!

    ReplyDelete
  13. pendatang tanpa izin pun ada yang pandai, dan mereka manusia juga. ada saja org malaysia yang sekolah tapi bodoh. kenapa mesti nak hina bangsa lain?

    ReplyDelete
  14. tercakap mcm tu, sbb yg call tu pelat pendatang asing, niat nk bg dia terasa.. kelemahan saya bila berdepn dgn org yang yg mcm tu, automatik ckp bukn2.. memang tak baik kalau hina bangsa lain, kedudukan kita sama sj di sisi Allah, bezanya taqwa. astaghfirullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sengaja la tu...lain kali jgn buat lg..awak kn org baik..ckp kena baik2..tk kira ngn org jahat sekali pon.

      Delete
  15. salam akak...
    saya serius giler br dpt panggilan tu hari ini. masa saya angkat nombor tu, dia ckp pelat pelik sikit. ayat yang sama. pakai haji lg. lepas dia ckp menang rm 5k tu, saya terus bg mak saya, sbb itu henset dia pun, tlg agkt je. saya tgk mak saya dah senyum2, saya rasa xsedap hati. saya on9 cri no pejabat celcom, tepon diorg. diorg kate xda pun promotion mcm tu. haha tyme tu mak saya nak bg dah no akaun dia. saya ckp jgn bg. selama ni dgr kat org je, bila jd kat diri sendiri rase lain plak. time tuh la nak test manusia tamak ke tak. haha

    ReplyDelete
  16. slmt pg. sy pn bru trma pgilan cm tu pgi ni jm 9.45.nme sme la ngan si pnipu yg kol akak. abd aziz sulaiman.sy kte u pnipu la. tau x die ckp pe die kte u leh wat laporn kt balai klo sy tipu.ceh yakin die jwb.siap bg no ic861203014657.klo cek kt JPN xtau la spe empunya no ic yg die pkai.bleh plak die sibuk2 suro sy duk dpn ATM kta nk bg rm kunun2.so sy kta xde ms.nk kje.ptg ni die nk setel.dr awl lg dh tau pnipu.slanga BM pn cm xbetul nmpk sgt bukn rakyat MALAYSIA.ptg ni ep.2 bermula. hax3...nk klentong...

    ReplyDelete
  17. Dah dekat 2 tahun benda ni berlaku tp en. penipu still lg belum taubat.. we need to do something.

    ReplyDelete
  18. seriusly, baru dpt call tu td..
    kali dia xminta pegi atm tp dia soh baca no kad atm kita tue.. mmg xyakin la nk bagi sbb dari no kad atm pun leh trace akaun kita...
    so,jgn mudah terpedaya selagi xde bukti yg kukuh kata kita dapat hadiah tue.... sentiasa berwaspada la ye...

    ReplyDelete
  19. pergh..aku pn bru je dpt kol sebijik mcm dlm crita tue..tp blum sempat pg bank lglah..terus tepon celcom and celcom kata xda pun dorang wat promosi..tp dah terbagi no akaun plak..tp xda apala kalu stakat no akaun je agaknya..

    ReplyDelete
  20. omaigod.. aku yang bodoh nie dah terkene panggilan tue.. dah siap bagi no ic, no kad bsn.. so,, saya nak kene buat ape nie?? takutlah..serious takot.. tolong eyh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkar no pin scpat mngkin..

      Delete
  21. 31/07/12 jam1.30pm sy bru bgun tido...sy trima pggln dri atsn clcom mgtakn sy mng rm5k...sma sprti crta d ats..sy yg blur2 ne pn trus ltak tlfn sbb xprcya..syukur la ada petunjuk citer kat ats ne tq...

    ReplyDelete
  22. akak , saya dapat panggilan sebijik macam akak. nama pun sama.

    ReplyDelete
  23. nsib baik check kat internet psal cabutan bertuah nie.. =,=
    cra bcakap pun mcm org indon jer~
    tpi rsa kecewa pulak,, heheh!!
    apapun, syukur laa, slamat dri penipuan nie. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat panggilan mcm tu, terus je letak call. so.. xda rugi apa-apa pun...hehe...

      Delete
  24. kelmarin saya panggilan camni juga..beria-ia sangat si penipu tu nak saya suruh p ATM....tak sangka plak penipu...

    ReplyDelete
  25. kalau ada lagi org yg terkena mcm yg td tu mcm mana? sya ada member baru ja terkena dgn peraduan ni, belum sempat sya nk smpai info ni dia dah masuk. em. dan bnyk jgk yg dia dah habis...harap sapa-sapa yang ada idea, tlng bg kat saya, saya nk tlong dia pun sya x tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga sahabat anda tabah.. jgn mudah ikutkan hatii.. sabo je la...

      Delete
  26. Sye pun ada kene jugak petang tadi. Name die pun same. Tpi nasib baik sye sempat sedar yg saya sdang ditipu....... BTW, sye ade call celcom. Diorang kate kalu kite menang apa2 peraduan celcom kita kena tuntut ganjaran kt celcom centre sendiri dan celcom xkan call kite gna private number....

    ReplyDelete
  27. Mak saya baru dpt call dr Celcom ni pagi tadi...bila smpai ofis jer terus sy tnya incik google. hahah nasib baik la ada info pasal benda ni...yg lagi nasib baiknya..ATM Card mak saya tu saya yg pegang...so, mak suruh dia call saya. Saya guna no Digi, mangkok hayun tu cakap kat mak saya dia tak boleh call no lain selain no Celcom. Bangang!!!!! Hahaha...
    Tapi sy pun tgh terfikir skrg ni..mcm mana dorang selewengkan wang dlm akaun???
    Hurmmmm..technology2

    ReplyDelete
  28. Eh dh operasi blk keje haram ni.. saya pun baru dpt cll sebijik mcm ni td.. tp mls nk lyn coz hp suara tak jelas. Saya pun tfikir sama klu dia dari celcom xkb lh xtahu nm pemilik
    no.
    Saya ckp dekat dia bagi semua detail nnt saya pg celcom centre tanya.. saya tak percaya orang coz skrg byk penipuan.

    Punyerlh marah orang yg call tu. Katanyer kami tak amalkn penipuan. Ni panggilan betoi2 n bla....bla...blaaaa . Terus dia yg ltk dulu

    ReplyDelete
  29. Thank u thank u..klau x hangus rm90 selepas djanjikn rm9k..haha alhamdulillsh.. Thanks d ats perkongsian ilmu ni..

    ReplyDelete
  30. Org yg sama...strategi berbeza...pernh ku terime msj thniah sim kad anda tlh menang cbutn bertuah drp shell hellix rm29k....slng mcm irg sbh ....tp peliknye dia tnye brp duit dlm bnk...sila bg akaun no untuk byrn...b.islm leh x.dia jwb b. Islm x leh sebab x tersenarai dlm link kmi...cimb ngn mybnk ok...bsn leh tak...dia jwb bleh je...bile dia minta p bnk n kol blik dia bile smpai bnk...ku da taw ni penipu punye org...hati2la dengn penipuan spt itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus ku sms bg warning kt dia..kol x angkt...jgn ko cuba nk pedaya orgla...klo ada ku dengar ko pedays org nahas ko...ku cri ko smpai lubng cacing...

      Delete
  31. aslm br sebentar td adik saya turut menerima panggilan sama yg meminta dia pergi ke mesin atm, sekiranya dah sampai cuma perlu kol atau miskol no hp nie 0128221267

    ReplyDelete
  32. Boleh buat report polis..cuba trace tru the phone no..kalau guna private no payah nk trace..tu dh bg no phone mmg bleh report..kecuali la dia guna ic palsu tuk register no tel.

    ReplyDelete