tag:blogger.com,1999:blog-9590527546077090162024-03-05T15:48:34.941-08:00innallahama'ana....Dan siapakah yang lebih menepati janji selain ALLAH?.. at-Taubah, 111HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.comBlogger26125tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-82892111877649227712015-06-17T20:18:00.000-07:002015-06-17T20:18:23.747-07:00KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.
Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.
Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.
Lihat situasi berikut:
Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.
Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.
Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.
1) Solat Qasar
Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.
(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]
Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.
Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.
Syarat qasar :
1) Jarak perjalanan > 89 km
2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)
3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.
Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?
2) Solat jamak
Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.
Perkara yang membolehkan jamak:
Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]
Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.
2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:
1) Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
Syarat jamak Taqdim :
1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2) Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat jamak Ta’khir :
1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.
Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?
Sangat berbeza kerana,
1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.
2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.
3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.
Lihat situasi berikut :
Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:
"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].
Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.
Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.
“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].
Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat jem (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.
Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.
Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :
"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".
Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]
"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]
Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).
Allah Lebih Mengetahui.
ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433 H
HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-55769950529816494382015-06-17T20:17:00.001-07:002015-06-17T20:17:55.465-07:00kelas al Quran di bangi
Kami menjemput komuniti yang tinggal di kawasan kajang dan bangi untuk turut sama mengikuti kelas pengajian al-Quran.Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa bermula Jun 2015.HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-200032670814039162011-11-02T23:47:00.000-07:002011-11-03T00:00:43.150-07:00لو كان بيننا الحبيب [ Law Kana Bainana Al-Habeeb ]<OBJECT id=BLOG_video-d4ddd85635880f74 class=BLOG_video_class width=320 height=266 contentId="d4ddd85635880f74"></OBJECT>
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
Lau kaana bainana al-Habeeb
La dana-al-Qassi wal-Qareeb
Min toybatin qabl-al-magheeb
taliban qurbal-Habeeb
Bi qurbihi-nnafsu tateeb
wa tad'u-llaha fa yujeeb
anwaaru 'Taha' la tagheeb
ballighna leeqahu ya Mujeeb
fadatka ruuhi ya Habeeb
Muhammadun mukrimal ghareeb
bi qurbika ar-ruhi tateeb
ya rahmatan lil-'alameen
Kalaulah Al-habeeb (Muhammad s.a.w) bersama kita
Maka akan bertautlah yang jauh & yang dekat
Sebelum lenyapnya haruman baginda
Jiwa meronta untuk menghampiri (al-Habeeb)
Berada di sampingnya menenangkan jiwa
Bahkan doanya diperkenankan Allah
Cahaya Muhammad (s.a.w) tidakkan sirna
Pertemukanlah kami dengannya Ya Mujib
Ku tebus diriku untukmu Habeeb ( s.a.w)
Muhammad (s.a.w) yang memuliakan gharib (orang yg jauh/ tidak dikenali)
Hampir denganmu mengharumkan jiwa
Wahai Rahmat sekalian alam
Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai doktor hatiku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)
*** Abu Hurairah r.a berkata, aku tidak mendapati seseorang yang lebih cantik dari wajah Rasulullah s.a.w seolah-olah matahari memancarkan sinarnya. Apabila baginda ketawa, maka sinar wajahnya kelihatan di dinding sekelilingnya. (kitab sirah nabawi - syeikh Muhammad al-Khudhari)HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-52522151077265916332011-09-27T05:37:00.000-07:002014-09-01T08:40:47.597-07:00ISLAM DI TURKITurki yang ku kenal..
Menjejakkan kaki ke sebuah negara yang berkurun lalu ditopengkan sekular bagaikan satu pengalaman yang cukup memberi kesan. Walaupun tidak lama, penjelajahan yang sedetik ini benar-benar telah menambah rasa syukur di atas nikmat Islam yang telah Allah kurniakan.
Antalya city - Kota lama yang terletak di persisir laut Mediterranian. Sebuah bandar yang agak sibuk tetapi aliran trafiknya masih lancar. Kebetulan belumpun habis musim panas maka suhu mencecah sehingga 41 degree dengan bahang udara panas membakar. Terasa seperti menggigit-gigit kulit, kesan sunburn melegapkan seluruh badan. Yang hairan, ratusan mat salleh dengan senangnya berjemur di sepanjang pantai. Pelik, mereka gembira dapat menggelapkan kulit sambil bermandikan matahari. Istilah sun bathing sudah lali pada musim panas di antalya. Seksa kepanasan dianggap perkara remeh yang perlu dihadapi untuk mendapat kulit keperangan.
Islam di Antalya - Mungkin disebabkan kota ini tumpuan pelancong menjadikannya kelihatan seperti negara asing. Agak payah menemui wanita bertudung di mana-mana. Masjid-masjid di kota Antalya bagaikan muzium yang hanya menerima rombongan orang yang keluar masuk untuk melihat keseniannya. Kebetulan hari terakhir melawat kota tersebut merupakan Jumaat, menyaksikan jemaah yang solat terlalu ramai sehingga melimpah ke kawasan pokok tamar. Satu-satunya fenomena yang menyedapkan hati sebelum meninggalkan kota Antalya.
Istanbul - Rasulullah pernah bersabda, “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” (H.R. Ahmad bin Hanbal al-Musnad 4/335)
Konstantinopel yang ditakluk oleh sultan Muhammad al-fateh telah menyaksikan keruntuhan kerajaan turki Uthmaniyah akibat sekularisme yang dibawa oleh Mustafa Kamal Attaturk. Istanbul yang merupakan ibu kota Turki di Eropah lebih terkenal berbanding Ankara yang merupakan ibu kota Turki di Asia. Terlalu banyak tempat bersejarah yang perlu disinggahi, segalanya bagai menceritakan tentang kegemilangan dan perkembangan peradaban Islam. Kebiadaban Mustafa Kamal attaturk akhirnya telah meruntuhkan kerajaan Islam di turki dan menyebabkan berlakunya korupsi yang dahsyat dengan kadar inflasi yang tidak dapat dibendung. Akhirnya Turki tidak lagi terkenal sebagai sebuah negara Islam yang gemilang.
Istanbul 2011 - Sinar baru di Istanbul dan seluruh Turki. Parti pimpinan Rajab Tayyib Erdogan yang sudah menang pilihanraya 3 kali berturut-turut menyaksikan Turki mula bangkit menjadi sebuah negara Islam yang disegani. Sayang sekali andainya penduduk Turki yang hampir 99% beragama Islam tidak mengamalkan Islam. Namun hari ini dikatakan hampir 65% wanita di Turki memakai tudung. Azan berkumandang di segenap pelusuk Istanbul dan ramai yang bergegas untuk solat berjemaah. Berlegar-legar di Kota Istanbul pada waktu siang atau malam adalah selamat. Itu jaminan penduduk turki. Masyarakat Istanbul sangat ramah dan sopan. Walaupun sebilangan besar tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka mesra menegur,tidak bersikap kasar juga menghormati tetamu. Bahkan sangat membantu ketika dalam kesusahan. Mungkin itu kekurangan masyarakat Islam di Malaysia yang kebiasaannya lebih bersilaturrahim dengan orang-orang yang dikenali sahaja.
Penggunaan mata wang Turki Lira, Euro dan US dolar dibenarkan untuk segala macam perkara. Walaubagaimanapun, mata wang RM tetap jauh lebih rendah. Shopping di GRAND BAZAR mungkin perkara menarik tapi lebih mahal berbanding deretan kedai-kedai sepanjang jalan ke hotel.
Masa yang singkat menghadkan perjalanan yang begitu menyeronokkan. Masing-masing bercita-cita untuk kembali ke Istanbul untuk menyambung saki-baki penerokaan, ataupun masih lagi mengulang ke tempat-tempat yang telah dijejaki, dengan laluan Bosporus yang sama. Mudah-mudahan Islam di Turki kembali gemilang, dan kegemilangannya tersebar keseluruh eropah, asia timur dan barat. Sekembali ke tanah air, harapan itu tetap sama..
HURUN E'IN - GA 2011 - 2sept-14sept 2011 - antalya - istanbulHURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-53314477135021101282011-03-29T13:28:00.000-07:002011-10-01T07:54:45.576-07:00TAZKIYATUN NAFS - LA TAHZAN<OBJECT id=BLOG_video-69fad7860d6d78b6 class=BLOG_video_class width=320 height=266 contentId="69fad7860d6d78b6"></OBJECT>HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-58303303669583894412011-03-09T02:23:00.000-08:002011-03-09T15:02:17.308-08:00INNALLAHAMA'ANAKEBAHAGIAAN ITU LETAKNYA PADA SIFAT SYUKUR DAN SABAR
Bagaimana jika anda ke hospital disebabkan sakit-sakit biasa, tiba-tiba DR memberi perkhabaran "anda menghidap kanser tahap empat. Mungkin tiada harapan sembuh".
Atau anda sedang bergelak ketawa bersama anak-anak di rumah, tiba-tiba mendapat panggilan telefon "maaf, saya inspektor Ahmad, suami anda terlibat kemalangan maut".
Apa reaksi pertama anda? Tentu sekali terasa bagaikan dihempap dengan batu konkrit yang besar, lemah segala urat saraf, nadi bagaikan terhenti, terasa hilang punca, jarum2 saat pada jam bagaikan tidak berdetik, akal terasa kosong tetapi jiwa terasa sesak dan kacau.
ADAKAH MEMANG BEGITU LUMRAH MANUSIA?
Sebilangan besar manusia mengeluh bila ditimpa musibah. Bahkan ramai yang hilang arah bila diuji dengan kesakitan dan kematian insan tersayang. Bila mendapat berita tentang bencana yang menimpa, terus lemah longlai, hilang semangat, yang tinggal hanya sedih dan kecewa. Memang tidak dinafikan itulah latah manusia, bilamana Allah menarik sedikit nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Setelah kesekian kali ditabahkan kaum keluarga dan teman-teman, ditiup kekuatan oleh rakan taulan.. barulah akhirnya manusia akan mendapat kekuatan semula.. Bangkit setelah sekian lama berteleku dalam kesedihan yang membuntukan.. Bagaimanakah untuk mendapat tingkat kesabaran tertinggi? Sebagaimana yang disebut Khalifah Umar, "kesabaran paling tinggi adalah kamu sabar sebaik sahaja menerima musibah". Maknanya, detik pertama menerima perkhabaran itu, terus sahaja bersabar dan mengucapkan 'inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun'.
"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan “sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya dan mereka ialah yang mendapat petunjuk."(Al-baqarah 156-157)
Untuk benar-benar mendapat tahap kesabaran yang tinggi bukanlah perkara yang mudah. Perlu bagi kita memahami hakikat kehidupan kita di muka bumi ini.
"Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalannya."
Allah telahpun memberikan kita nikmat kehidupan. Samaada lama atau sekejap, suka atau duka, segalanya adalah ketentuan Allah terhadap makhluk. Bahkan setiap ujian itu adalah untuk menjadikan kita seorang hamba yang berserah diri kepada Allah.
"... dan Allah [berbuat demikian] untuk menguji apa yang ada di dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang berada di dalam hatimu.” (QS. Ali ‘Imran [3]: 154)
Seringkali kita mengakui tentang keimanan kita. Terlibat dengan dakwah Islam, perpakaian dengan adab2 muslim yang soleh, bercakap dengan tutur kata yang sopan dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Tetapi sejauh mana keimanan kita, bukan hanya diukur dengan perkara zahir yang dapat dilihat oleh penglihatan manusia semata-mata.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)
Apabila ditimpa ujian yang dahsyat, ingatlah bahawa Allah telah menyediakan kebaikan yang berlipat kali ganda di sebaliknya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)
Sekiranya kita bersabar dan berserah kepada Allah, maka nilaiannya amat besar di sisi Allah.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)
Setiap kali kesedihan itu datang bertamu, ingatlah Allah tempat kita bergantung harapan.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)
Merayu dan berdoalah kepada Allah. Jangan sekali-kali berputus asa.
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)
Kerana Allah pasti telah menyediakan pulangan dan kebaikan yang melimpah ruah disebalik kesulitan yang telah dihadapi.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)
Jangan memandang kepada kesenangan orang lain disekeliling kita sebagai ukuran kepada kelemahan dan kekurangan kehidupan kita. Kerana sesungguhnya mereka juga sedang diuji.
“Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.” (Thoha: 131)
"Dan Demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?" (al-An'am: 53)
Sesungguhnya kita perlu ingat bahawa segala harta, suami, isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lainnya adalah ujian Allah semata.
"Dan Ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Al Anfal:28)
Kadang-kala, ujian Allah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyedarkan kita serta mengembalikan sifat-sifat kehambaan dalam diri kita. Jika tidak, mudah sekali kita terlupa dan hanyut dengan mehnah dunia.
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, Kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak Mengetahui." (Az-Zumar:49)
Kemudian Allah berikan sedikit ujian supaya kita kembali kepada 'DIA'.
“Dan Kami timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar”(Az-Zukhruf : 48)
Dan sebenarnya, Allah telah menjadikan segala ujian itu jambatan untuk kita ke syurga.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah : 214)
Ingatlah.. hidup di dunia hanya sementara, akhirnya kita akan ke sana jua..
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). dan Hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."(Al Anbiya:35)
Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita menjadi hamba yang syukur dengan nikmatNya dan mampu menghadapi setiap ujianNya dengan sabar. Sesungguhnya, hanya Allah sebaik-baik penolong.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap golongan yang kafir."(Al Baqarah:286)
Lihatlah nikmat di sekeliling kita, jadilah hamba yang bersyukur, jangan putus asa hanya dengan sedikit ujian daripada Allah. Apabila ditimpa musibah, redha dan berserahlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah bersama kita. "Innallaha ma'ana"
WALLAHUA'LAM.HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-1846132612672722832011-02-11T18:28:00.000-08:002011-02-11T18:39:18.397-08:00MABRUK!!! TAHNIAH RAKYAT MESIR.Pagi ini, seluruh rakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Hamas di Palestin, Hizbullah di Lubnan, Iran dan seluruh tanah Arab mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir. Secara peribadi, sekalung tahniah saya ucapkan kepada rakyat Mesir yang telah berjaya melakukan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara.. Harapan kami seluruh ummah, tiada lagi boneka Israel di Mesir, tiada lagi Majlis rakyat dan Majlis syura yang dipalsukan, tiada lagi penggunaan kekerasan dan pembunuhan golongan ulama, tiada lagi golongan munafik dalam mendominasi tanah Arab. Mudah-mudahan inilah petanda kebangkitan Islam. Astaudiu'kallah!
Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin (yang merupakan satu bahagian yang tidak terpisahkan dari rakyat Mesir yang mulia ini) mengucapkan salam tulus dan penghargaan kepada para pemuda dan rakyat Mesir yang merdeka di seluruh pelusuk negara kerana kebangkitan secara aman mereka yang diberkati, juga atas semangat patriotik dan tindakan luhur dalam melindungi institusi dan harta benda awam dan juga swasta.
ويؤكد الإخوان المسلمون الدعوةَ إلى الاستمرار في ذلك، ويتقدمون مع جموع الشعب بالتحية إلى جيش مصر صاحب التاريخ الوطني المُشرِّف الذي يمتلك بالتأكيد رؤيةً إستراتيجيةً للحفاظ على أمن مصر وحماية مكتسبات الشعب وتحقيق مطالبه العادلة
Ikhwanul Muslimin menegaskan seruannya agar segala tindakan ini tetap terus diteruskan. Bersama-sama rakyat massa, Ikhwanul Muslimin ingin juga menyampaikan salam hormat kepada tentera Mesir, pengukir mulia sejarah negara. Pastinya mereka (pihak tentera) mempunyai visi strategik dalam menjaga keselamatan Mesir, melindungi kepentingan rakyat dan merealisasikan segala tuntutan saksama mereka.
ويؤكد الإخوان المسلمون أن ما حدث هو ثورة تلقائية سلمية وطنية ترفض الظلم وتطالب بالحرية والإصلاح الشامل، وأن الذين يقومون بتخريب المحال والاعتداء على الممتلكات العامة والخاصة هم شركاء الجهاز الأمني من البلطجية الذين سبق أن استعان بهم الأمن في قمع الشعب وتزوير إردته في الانتخابات
Ikhwanul Muslimin juga menegaskan bahawa, apa yang berlaku kini adalah merupakan sebuah revolusi (arus perubahan) yang tercetus secara automatik (tanpa dirancang) dan aman, hasil dorongan semangat kebangsaan yang menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh. Sementara mereka yang bertindak merosakkan kedai-kedai, menceroboh harta benda awam dan swasta, mereka sebenarnya adalah rakan persekongkolan pihak keamanan yang terdiri daripada kumpulan samseng yang sebelum ini pernah digunakan oleh pihak keamanan untuk menindas dan memalsukan kemahuan rakyat semasa pilihanraya.
ويؤكد الإخوان المسلمون أن الشاب الوطني الحر هم الذين تصدوا بأجسادهم لحماية المؤسسات والممتلكات من هذا العدوان الهمجي في ظلِّ غيابٍ كاملٍ لأجهزة الأمن، التي تفرَّغت للبطش بهم، بل وقتلهم، ونسيت مهمتها الأساسية
Seterusnya, Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa, para pemuda yang cintakan negara lagi merdeka, mereka inilah yang telah berjuang dengan tubuh jasad mereka bagi melindungi institusi dan harta benda ini daripada pencerobohan tak bertamaddun yang berlaku dalam suasana ketiadaan langsung pihak keselamatan. Bahkan sebaliknya pihak keselamatan pula yang menghabiskan seluruh masa dan usaha mereka untuk membantai bahkan membunuh para pemuda ini dengan melupakan tugas asasi mereka yang sebenar.
ويناشدون شباب الأمةَ الاستمرار في حماية مؤسسات الدولة والممتلكات العامة والخاصة مهما كانت التضحيات
Ikhwanul Muslimin menyeru para pemuda umat untuk tetap terus melindungi institusi negara, harta benda awam dan swasta, walau apa jua pengorbanan yang harus dibayar.
والإخوان المسلمون إذْ يتقدمون بخالص العزاء لأسر الشهداء، ويدعون الله أن يتقبَّلهم في الشهداء، ويمنُّ بالشفاء العاجل على المصابين؛ فإنهم يعلنون أنهم مع هذا الشعب الكريم حتى تتحقق مطالب الشعب الأساسية التي اتفقت عليها جموع الشعب وسائر القوى الوطنية والشعبية، وعلى رأسها
Ikhwanul Muslimin turut memajukan belasungkawa yang tulus kepada keluarga para syuhada’, berdoa kepada Allah agar menerima mereka sebagai syuhada’. Ikhwanul Muslimin juga mendoakan agar Allah mengurniakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin mengumumkan bahawa kami akan tetap bersama dengan rakyat yang mulia ini sehinggalah tuntutan asasi rakyat yang disepakati oleh pelbagai lapisan massa dan kekuatan nasional tercapai, terutamanya ialah:
1- إلغاء حالة الطوارئ فورًا ودون إبطاء
2- حل مجلسي الشعب والشورى المزورَينِ، والدعوة إلى انتخابات جديدة تحت إشراف قضائي كامل
3- الإفراج الفوري عن جميع المعتقلين والمسجونين السياسيين
4- الإعلان عن تشكيل حكومة وطنية انتقالية من غير الحزب الوطني تتولى إجراء الانتخابات النزيهة ونقل السلطة بشكلٍ سلمي
5- تشكيل لجنة وطنية للتحقيق وتقصي الحقائق في وقائع استخدام العنف والقتل غير المبرر ضد المتظاهرين، والذي تسبب في عشرات القتلى ومئات الجرحى وآلاف المعتقلين
1) Membatalkan keadaan darurat dengan segera tanpa penangguhan.
2) Membubarkan Majlis Rakyat dan Majlis Syura yang dipalsukan, dan menyeru agar pilihanraya baru dijalankan di bawah pengawasan penuh Badan Kehakiman.
3) Membebaskan segera semua tahanan dan banduan politik.
4) Mengumumkan pembentukan kerajaan peralihan nasional (yang dibentuk bukan daripada kalangan Parti Kebangsaan) untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan perpindahan kuasa secara aman.
5) Membentuk jawatankuasa nasional untuk menyiasat dan menyelidik fakta sebenar berkenaan kejadian penggunaan kekerasan dan pembunuhan tanpa alasan kukuh terhadap para demonstrator, yang menyebabkan puluhan orang terkorban, ratusan tercedera dan ribuan ditahan.
ونحن مصرون على الاستمرار في هذه الانتفاضة السلمية حتى تتحقق مطالب الشعب العادلة كاملةً غير منقوصة قبل أن يحصل ما لا نتمناه لوطننا الحبيب، وقد آن لليل أن ينجلي، وللقيد أن ينكسر.. والله نسأل أن يحفظ مصرنا وشعبها من كل مكروهٍ وسوء
Kami bertekad untuk meneruskan kebangkitan aman ini sehinggalah segala tuntutan rakyat yang saksama tercapai penuh tanpa terkurang, iaitu sebelum sesuatu yang kita tidak ingini berlaku kepada tanah air kita yang tercinta.
Dan telah tiba masanya untuk malam berlalu dan belenggu dipecahkan. Kami memohon kepada Allah agar memelihara negara Mesir kita, dan rakyatnya daripada segala perkara tidak diingini dan keburukan.
التوقيع
أ د. محمد بديع
المرشد العام للإخوان المسلمين
القاهرة: 25 من صفر 1432هـ= الموافق 29 من يناير 20011م
Prof. Mohammed Badi’
Mursyid Am Ikhwanul Muslimin
Kaherah: 25 Safar 1432H = 29 Januari 2011M
Diterjemahkan oleh:
Ustaz Engku Omar Amirudin bin Engku Ali,
Ahli Majlis Syura ISMA
Sumber: Ikhwan OnlineHURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-61022581556292985602011-02-09T23:44:00.000-08:002011-03-09T04:58:20.065-08:00PERSOALAN : CINTA ISLAMIKSedang saya membaca beberapa post di halaqah.net, ada satu post yang menarik perhatian.. beberapa halaqian di sana mengajukan soalan berkaitan perkara lumrah bagi manusia, iaitu cinta antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Soalan 1 : cinta islamik tu mcm mana ek?.
Soalan 2 : mcm mn cara nak kenal org? xkan jumpa,pastu terus ajak kawen? Lawak pulak.. mcm mn cara dlm islam.... harap ade yg boley guide....
Soalan 3 : ceritakan sejarah mcm mn dia jumpa isteri dia? dan mcm mn dia bkawen? mgkin leh jadi panduan remaja semua...
Soalan 4 : betul tuh..cube seseorang bagi guide skit cara nk berkenalan cra islamic..
Soalan 5 : hah..ada sesapa yang tahu tak?..nak tahu jugak bagaimana caranya..(jumpa tengah jalan terus ajak kawen..kelakar la pulak...)
Soalan 6 : Nak sms boleh tak? Habis tu mcmmana nak kenal?
Soalan 7 : Kalau betul2 nak jaga semua benda, lambat la kawen..
Berikut penjelasan ringkas saya kepada halaqian dan jawapan tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada kesemua halaqian di halaqah.net. Alhamdulillah, mudah-mudahan mereka faham akan intipatinya.
*** Jawapan
Kembali kepada pokok pangkal dalam syariat Islam, kita harus melihat kepentingan baitul muslim dalam membina keluarga, kerana baitul muslim itulah kaedah paling berakhlak yang disunnahkan. Masalah timbul apabila kita tidak mempercayai konsep ta'aruf dan tidak memberi thiqah (kepercayaan) kepada orang tengah. Kita seharusnya percaya bahawa apa yang digariskan oleh syariat Islam merupakan model terbaik yang tentu sekali membuahkan hasil apabila dipraktikkan.
Sekiranya mukminah solehah mampu menjaga dirinya daripada menjadi perhatian, tentu sekali dia tidak terlibat dengan anasir cinta di tempat belajar/ tempat kerja. Seandainya terjadi sedemikian (sudah/sedang bercinta), haruslah wanita tersebut mencari penyelesaian dengan memutuskan untuk meneruskan ta'aruf dengan kehadiran ahli keluarga atau melalui orang tengah yang sudah berkahwin dan dipercayai. Bercinta dan berkenalan selama mana sekalipun tidak memberi jaminan untuk benar2 mengetahui hati-budi pasangan kerana pemerhatian manusia seringkali dikaburi fatamorgana dunia.
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 216)
Sememangnya ramai yang mendakwa mereka bercinta mengikut cara Islam bahkan tiada niat menghampiri zina.. namun harus diingat zina itu sering terjadi tanpa niat pada asalnya. pancaindera kita senang sekali menghampiri zina tanpa disedari. Bila sudah cinta, suara yang didengar terbit rasa cinta, wajah yang ditatap terbit rasa cinta waima pendapat2 ilmiah pun dilontarkan dengan rasa cinta..
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Telah ditulis bagi tiap Bani Adam bahagian dari zina, tidak mustahil dia akan melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
Kaedah yang tepat untuk mengenali pasangan adalah melalui penyiasatan latar belakang melalui orang tengah dan juga ahli keluarga yang terdekat. Wasilah melalui perantaraan sebegini merupakan langkah terbaik untuk mengetahui personaliti dan ciri-ciri pasangan tersebut. Bahkan kaedah ini telah dipraktikkan oleh saidatina Khadijah yang bertanyakan akhlak Rasulullah melalui Maisarah (seorang hamba yang sentiasa menjalankan perniagaan bersama Rasulullah). Mengikut riwayat hadith, method merisik melalui utusan ini juga biasa dilakukan oleh Rasulullah saw. iaitu apabila baginda hendak menikahi seorang wanita, baginda akan mengutus seorang wanita lain untuk memeriksa perkara yang tersembunyi (padanya).(HR. Thabarani dan Baihaqi).
Sekiranya seorang mukmin yang soleh ingin memperisterikan seorang wanita yang tertentu, hendaklah melalui proses yang sama iaitu ta'aruf dengan dihadiri orang tengah. Bahkan Nazhar (melihat pasangan) secara berulang-ulang adalah dibenarkan semasa proses ta'ruf. Hal yang demikian terjadi ketika Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu meminang seorang wanita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apakah engkau telah melihat wanita yang kau pinang tersebut?” “Belum,” jawab Al-Mughirah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
انْظُرْ إِلَيْهَا، فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا
“Lihatlah wanita tersebut, kerana dengan seperti itu akan lebih membantu mengeratkan hubungan di antara kalian berdua (kelak).” (HR. An-Nasa`i no. 3235, At-Tirmidzi no.1087. Dishahihkan Al-Imam Al-Albani Rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 96)
Sepanjang proses ta'aruf, penyiasatan terperinci boleh dijalannkan termasuk bertanyakan mengenai susur galur keluarga dan masalah kesihatan yang mungkin dihidapi oleh pasangan. Di zaman yang serba canggih ini, adalah lebih baik sekiranya pasangan tersebut menjalankan ujian kesihatan seperti saringan HIV, Hepatitis B dan Talasemia. Perkara ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan hidup berkeluarga. Sekiranya pihak lelaki/wanita berpuas hati dengan pasangan masing-masing, maka bolehlah diteruskan dengan Khitbah (peminangan).
Peminangan hanya perlu melibatkan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak kerana proses ta'aruf masih berterusan. Sekiranya sepanjang tempoh bertunang, ada pihak ingin memutuskan pertunangan, maka perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan kerana tiada pihak lain yang mengetahuinya. Majlis pertunangan yang diadakan besar-besaran dan dicanangkan kepada seluruh masyarakat bukanlah perkara yang disyariatkan dalam Islam. Selain itu, pasangan yang sudah bertunang ini hendaklah menjaga adab pergaulan mereka dan tidak berbincang melainkan perkara yang aula (utama) dan penting.
Ketika Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullahu dimintakan fatwa tentang seorang lelaki yang telah meminang seorang wanita, kemudian di hari-hari setelah peminangan, dia biasa bertandang ke rumah si wanita, duduk sebentar bersamanya dengan didampingi mahram si wanita dalam keadaan si wanita memakai hijab yang syar’i. Berbincanglah si lelaki dengan si wanita. Namun pembicaraan mereka tidak keluar dari pembahasan agama ataupun bacaan Al-Qur`an.
Lalu apa jawaban Syaikh rahimahullahu? Beliau berfatwa, “Hal seperti itu tidak seharusnya dilakukan. Kerana, perasaan pemuda bahawa wanita yang duduk bersamanya telah dipinangnya secara umum akan membangkitkan syahwat. Sementara bangkitnya syahwat kepada selain isteri adalah haram. Sesuatu yang menjadi pengantaraan kepada keharaman, hukumnya haram pula.” (Fatawa Asy-Syaikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin, 2/748).
Selepas proses peminangan, dan tetap hati mereka terhadap pasangan, maka bolehlah diteruskan kepada pernikahan. Perlaksanaan majlis walimatul- urus juga haruslah mengikut syariat yang ditetapkan Islam. Sila rujuk post-post yang lain untuk mendapat pencerahan mengenai walimatul-urus mengikut lunas Islam.
Method yang diperjelaskan adalah mengikut sunnah yang mana telah dibuktikan kejayaannya oleh Rasulullah, para sahabat, tabi' dan tabi'in. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari mereka, maka ikutlah atsar yang telah mereka jalani. Bahkan ada sebahagian dari sahabat kita di akhir zaman ini terselamat dari fitnah dengan menjadikan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai Qudwah hasanah (contoh ikutan yang baik). yakinilah bahawa kaedah ini tidak pernah lapuk, bahkan ia akan menyelamatkan anda dari maksiat dan kerosakan.
Abdullah bin Mas’ud r.a juga mengatakan: “Barangsiapa di antara kalian yang ingin meneladani, hendaklah kalian meneladani para Sahabat Rasulullah saw. Kerana sesungguhnya mereka adalah ummat yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya dan paling lurus petunjuknya serta paling baik keadaannya. Suatu kaum yang dipilih Allah untuk menemani Nabi-Nya, untuk menegakkan agama-Nya, maka kenalilah keutamaan mereka serta ikutilah atsar-atsarnya, karana mereka berada di jalan yang lurus.” [Dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Baar dalam kitabnya Jami’ Bayanil Ilmi wa Fadhlih II/947 no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir az-Zuhairy]
*** Berkenaan dengan jodoh yang lewat, berbaik sangkalah dengan Allah.. samada cepat atau lambat, segalanya sudah ditentukan Allah. kiranya sudah berusaha menjaga akhlak dan memelihara pergaulan namun masih belum bertemu dengan yang soleh/solehah, bermujahadahlah. koreksi kembali hubungan kita dengan Allah dan manusia amnya. tenung-tenunglah ke dalam mata ibu-bapa yang tersembunyinya redha, Lihat-lihatlah pada tali sillaturrahim yang mungkin putusnya tidak disengaja.. bahkan perhatikan hidup seharian kita, adakah urusannya terjaga dan terselia? Kalau membasuh dan melipat baju sendiri pun masih bermasalah, apatah lagi membina keluarga.. mampukah menyempurnakan urusan rumahtangga yang berpuluh kali tuntutannya? mungkin itulah salah satu rahmat Allah.. mengapa masih belum berumahtangga, Allah ingin memberi peluang melengkapkan diri dan bersiap siaga, menjadi calon yang lebih mantap persiapannya.
analoginya cukup mudah, seorang anak yang masih kecil, darjah 6 memohon kepada ayahnya agar dibelikan motosikal untuk ke sekolah. Masakah ayahnya akan mengabulkan permintaan anak tersebut? kerana kasih-sayang, ayahnya menolak permintaan itu dengan niat akan memberikannya apabila tiba waktu yang sesuai demi mengelakkan mara bahaya. (analogi sahaja)
begitu juga dengan manusia. apabila ada permintaan belum tertunai, ada rahmat dan kasih sayang Allah disebaliknya. Segalanya untuk kebaikan manusia. termasuklah dalam urusan jodoh. walaupun sudah lewat usia, yakinlah bahawa janji Allah itu benar.. bila sampai waktunya jodoh pasti tiba.. elakkan maksiat dan tingkatkan kendiri.. agar nanti bila tiba waktunya, itu lah detik tepat bagi seorang hamba menemui jodohnya.. (itu lah waktu paling selamat untuk anak tadi mendapatkan motosikalnya)..
nilaian manusia di sisi Allah adalah taqwa.. bukan awal atau lewatnya jodohnya.. mantapkan iman.. jangan takut pada usia... jagalah hak Allah.. Allah pasti akan menjaga hakmu..
Wallahua'lam. Semoga terpelihara kita semua dari fitnah/maksiat/syahwat yang akan meruntuhkan baitul muslim dan ketamadunan ummah.
Definisi Ghibah
Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah yang berikut:
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).
Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:
” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)
Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat.
Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.
Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:
1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:
“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).
Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan berkuasa untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.
Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:
“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)
2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbezaan antara yang haq dan yang bathil.
3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih dari itu.
4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:
a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.
b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.
c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.
5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya, supaya masyarakat dapat mengelak diri daripada gangguannya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.
6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain dapat mengenalinya dengan mudah. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.
wallahua'lam
sumber: http://hikmatun.wordpress.com/2007/11/05/ghibah-mengumpat-yang-dibenarkan/
Mudah-mudahan kita semua menjauhkan diri daripada perkara ghibah yang bertujuan memburukkan-burukkan muslim yang lain, kerana jalan ke arah itu mungkin terbentang luas. Takutlah kepada dosa mengumpat yang hanya-sanya boleh dimaafkan oleh si mangsa. Jangan ditambah dosa kita yang sudah sedia banyaknya.HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-36341391752748192912011-01-23T01:14:00.001-08:002011-03-09T05:22:14.419-08:00ABU QILABAH : ANTARA SYUKUR DAN SABARDiterjemahkan oleh Abu Hudzaifah Al Atsary dari kitab: ‘Aasyiqun fi Ghurfatil ‘amaliyyaat, oleh Syaikh Muh. Al Arify.
Abu Ibrahim bercerita:
Suatu ketika, aku jalan-jalan di padang pasir dan tersesat sehingga tidak tahu pulang. Di sana kutemui sebuah khemah lusuh… kuperhatikan khemah tersebut, dan ternyata di dalamnya ada seorang tua yg duduk di atas tanah dengan sangat tenang…
Ternyata orang ini kedua tangannya kudung… matanya buta… dan sebatang kara tanpa sanak saudara. Kulihat bibirnya kumat-kamit mengucapkan beberapa kalimat..
Aku mendekat untuk mendengar ucapannya, dan ternyata ia mengulang-ulang kalimat berikut:
الحَمْدُ لله الَّذِي فَضَّلَنِي عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً .. الحَمْدُ للهِ الَّذِي فَضَّلَنِي عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَق تَفْضِيْلاً ..
Segala puji bagi Allah yang melebihkanku di atas banyak manusia… Segala puji bagi Allah yang melebihkanku di atas banyak manusia…
Aku hairan mendengar ucapannya, lalu kuperhatikan keadaannya lebih jauh… ternyata sebagian besar panca inderanya tidak berfungsi… kedua tangannya kudung… matanya buta… dan ia tidak memiliki apa-apa bagi dirinya…
Kuperhatikan keadaannya sambil mencari adakah ia memiliki anak yg mengurusinya? atau isteri yg menemaninya? ternyata tak ada seorang pun…
Aku beranjak mendekatinya, dan dia merasakan kehadiranku… dia lalu bertanya: “Siapa? siapa?”
“Assalaamu’alaikum… aku seorang yg tersesat dan menemui khemah ini” jawabku,
“Mengapa kau tinggal seorang diri di tempat ini? Di mana isterimu, anakmu, dan kerabatmu? soalku.
“Aku seorang yang sakit… semua orang meninggalkanku, dan kebanyakan keluargaku telah meninggal…” jawabnya.
“Namun kudengar kau mengulang-ulang perkataan: “Segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia…!! Demi Allah, apa kelebihan yg diberikan-Nya kepadamu, sedangkan engkau buta, faqir, kudung kedua tangannya, dan sebatang kara…?” ucapku.
“Aku akan menceritakannya kepadamu… tapi aku punya satu permintaan kepadamu, mahukah kamu mengabulkannya?” tanyanya.
“Jawab dulu pertanyaanku, baru aku akan mengabulkan permintaanmu” kataku.
“Engkau telah melihat sendiri betapa banyak cubaan Allah atasku, akan tetapi segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia… bukankah Allah memberiku akal yang sihat, yg dengannya aku boleh memahami dan berfikir…?
“Betul” jawabku. lalu katanya: “Berapa banyak orang yang gila?”
“Banyak juga” jawabku. “Maka segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia” jawabnya.
“Bukankah Allah memberiku pendengaran, yang dengannya aku boleh mendengar azan, memahami ucapan, dan mengetahui apa yang terjadi di sekelilingku?” tanyanya.
“Iya benar”, jawabku. “Maka segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia” jawabnya.
“Betapa banyak orang yang tuli dan tidak mendengar…?” katanya.
“Banyak juga…” jawabku. “Maka segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia”, katanya.
“Bukankah Allah memberiku lisan yang dengannya aku mampu berdzikir dan menjelaskan keinginanku?” tanyanya.
“Iya benar” jawabku. “Lantas berapa banyak orang yg bisu tidak mampu berbicara?” tanyanya.
“Wah, banyak sekali” jawabku. “Maka segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia” jawabnya.
“Bukankah Allah telah menjadikanku seorang muslim yg menyembah-Nya… mengharap pahala dari-Nya… dan bersabar atas musibahku?” tanyanya.
“Iya benar” jawabku. lalu katanya: “Padahal berapa banyak orang yg menyembah berhala, salib, dan sebagainya dan mereka juga sakit? Mereka merugi di dunia dan akhirat…!!”
“Banyak sekali”, jawabku. “Maka segala puji bagi Allah yg melebihkanku di atas banyak manusia” katanya.
Pak tua terus menyebut kenikmatan Allah atas dirinya satu-persatu… dan aku semakin takjub dengan kekuatan imannya. Ia begitu mantap keyakinannya dan begitu rela terhadap pemberian Allah…
Betapa banyak pesakit selain beliau, yg musibahnya tidak sampai seperempat dari musibah beliau… tapi bila dibandingkan dengan orang ini, maka mereka tergolong ‘sihat’. Pun demikian, mereka meronta-ronta, mengeluh, dan menangis mahu-mahunya… mereka amat tidak sabar dan tipis keimanannya terhadap balasan Allah atas musibah yg menimpa mereka, padahal pahala tersebut demikian besar…
Aku pun menyelami fikiranku makin jauh… hingga akhirnya khayalanku terputus saat pak tua mengatakan:
“Hmmm, bolehkah kusebutkan permintaanku sekarang… mahukah kamu mengabulkannya?”
“Iya.. apa permintaanmu?” kataku.
Maka ia menundukkan kepalanya sejenak seraya menahan tangis.. ia berkata: “Tidak ada lagi yg tersisa dari keluargaku melainkan seorang anak berumur 14 tahun… dia lah yg memberiku makan dan minum, serta mewudhukan aku dan mengurusi segala keperluanku… sejak malam tadi dia keluar mencari makanan untukku dan belum kembali hingga kini. Aku tak tahu apakah dia masih hidup dan diharapkan kepulangannya, ataukah telah tiada dan kulupakan saja… dan kamu tahu sendiri keadaanku yg tua renta dan buta, yg tidak mampu mencarinya…”
Maka kutanya ciri-ciri anak tersebut dan ia menyebutkannya, maka aku berjanji akan mencarikan anak tersebut untuknya…
Aku pun meninggalkannya dan tidak tahu bagaimana mencari anak tersebut… aku tidak tahu harus memulai dari arah mana…
Namun tatkala aku berjalan dan bertanya-tanya kepada orang sekitar tentang si anak, nampaklah olehku dari kejauhan sebuah bukit kecil yang tak jauh letaknya dari khemah si pak tua.
Di atas bukit tersebut ada sekawan burung gagak yg mengerumuni sesuatu… maka segeralah terdetik di benakku bahawa burung tersebut tidak lah berkerumun kecuali pada bangkai, atau sisa makanan.
Aku pun mendaki bukit tersebut dan mendatangi kawanan gagak tadi hingga mereka berhamburan terbang.
Tatkala kudatangi lokasi tersebut, ternyata si anak telah tewas dengan badan terpotong-potong… rupanya seekor serigala telah menerkamnya dan memakan sebagian dari tubuhnya, lalu meninggalkan sisanya untuk burung-burung…
Aku lebih sedih memikirkan nasib pak tua daripada nasib si anak…
Aku pun turun dari bukit… dan melangkahkan kakiku dengan berat menahan kesedihan yg mendalam…
Haruskah kutinggalkan Pak Tua menghadapi nasibnya sendirian… ataukah kudatangi dia dan kukabarkan nasib anaknya kepadanya?
Aku berjalan menujuk khemah Pak Tua… aku bingung harus mengatakan apa dan mulai dari mana?
Lalu terlintaslah di benakku akan kisah Nabi Ayyub ‘alaihissalaam… maka kutemui Pak Tua itu dan dia masih dalam keadaan yg memprihatinkan seperti saat kutinggalkan. Kuucapkan salam kepadanya, dan pak Tua yg malang ini demikian rindu ingin melihat anaknya… ia mendahuluiku dengan bertanya: “Di mana si anak?”
Namun kataku: “Jawablah terlebih dahulu… siapakah yg lebih dicintai Allah: engkau atau Ayyub ‘alaihissalaam?”
“Tentu Ayyub ‘alaihissalaam lebih dicintai Allah” jawabnya.
“Lantas siapakah di antara kalian yg lebih berat ujiannya?” tanyaku kembali.
“Tentu Ayyub…” jawabnya.
“Kalau begitu, berharaplah pahala dari Allah kerana aku mendapati anakmu telah tewas di lereng gunung… ia diterkam oleh serigala dan dikoyak-koyak tubuhnya…” jawabku.
Maka Pak Tua pun tersedak-sedak menahan kesedihan seraya berkata: “Laa ilaaha illallaaah…” dan aku berusaha meringankan musibahnya dan menyabarkannya… namun kesedihannya amat mendalam hingga aku mulai menalqinkan kalimat syahadat kepadanya… hingga akhirnya dia meninggal dunia.
Ia wafat di hadapanku, lalu kututupi jasadnya dengan selimut yang ada di bawahnya… lalu aku keluar untuk mencari orang yang membantuku mengurus jenazahnya…
Maka kudapati ada tiga orang yg mengendarai unta mereka… nampaknya mereka adalah para musafir, maka kupanggil mereka dan mereka datang menghampiriku…
Kukatakan: “Maukah kalian menerima pahala daripada Allah kepada kalian? Di sini ada seorang muslim yg wafat dan dia tidak punya siapa-siapa yg mengurusinya… mahukah kalian menolongku memandikan, mengafani dan menguburkannya?”
“Iya..” jawab mereka.
Mereka pun masuk ke dalam khemah menghampiri mayat Pak Tua untuk memindahkannya… namun ketika mereka menyingkap wajahnya, mereka saling berteriak: “Abu Qilabah… Abu Qilabah…!!”
Ternyata Abu Qilabah adalah salah seorang ulama terkenal, akan tetapi waktu silih berganti dan ia dirundung berbagai musibah hingga menyendiri dari masyarakat dalam sebuah khemah lusuh…
Kami pun menunaikan kewajiban kami atasnya dan menguburkannya, kemudian aku kembali bersama mereka ke Madinah…
Malamnya aku bermimpi melihat Abu Qilabah dengan penampilan indah… dia mengenakan gamis putih dengan badan yang sempurna…dia berjalan-jalan di tanah yang hijau… maka aku bertanya kepadanya:
“Hai Abu Qilabah… apa yg menjadikanmu seperti yang kulihat ini?”
Maka jawabnya: “Allah telah memasukkanku ke dalam Jannah, dan dikatakan kepadaku di dalamnya:
( سلام عليكم بما صبرتم فنعم عقبى الدار )
Salam sejahtera atasmu sebagai balasan atas kesabaranmu… maka (inilah Syurga) sebaik-baik tempat kembali
Kisah ini diriwayatkan oleh Al Imam Ibnu Hibban dalam kitabnya: “Ats Tsiqaat” dengan penyesuaian.HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-10373134620050171212011-01-08T18:02:00.000-08:002011-01-08T18:34:19.312-08:00OPEN YOUR EYES<OBJECT id=BLOG_video-e1e65e73db047e80 class=BLOG_video_class width=320 height=266 contentId="e1e65e73db047e80"></OBJECT>
إِنَّ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ (٣) وَفِى خَلۡقِكُمۡ وَمَا يَبُثُّ مِن دَآبَّةٍ ءَايَـٰتٌ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ (٤) وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن رِّزۡقٍ۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَاوَتَصۡرِيف (ٱلرِّيَـٰحِ ءَايَـٰتٌ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَعۡقِلُونَ (٥
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (1) Dan pada kejadian diri kamu sendiri serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkannya terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. (2) Dan pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga pada rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit lalu ia hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah matinya serta (pada) peredaran angin (semuanya itu) mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan KeEsaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya serta keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.(3) (Al-Jaathiyah: 3-5)HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-40419178024513645072010-12-06T16:56:00.000-08:002010-12-06T17:11:14.613-08:00ADAKAH KAU LUPA<OBJECT id=BLOG_video-12d02da03b45324d class=BLOG_video_class width=320 height=266 contentId="12d02da03b45324d"></OBJECT>
*** Ayuh kita imbas sejarah lampau, setelah kewafatan Rasulullah saw, muncul generasi sahabat, tabi'in kemudian tabi' tabi'in. Imam Syafie sebagai contohnya, telah menghafal al-Quran pada usia sembilan tahun serta berjaya menghafal isi kitab Al Muwatha' karangan Imam Malik yang mengandungi 1,720 hadis dengan sempurna pada usia sepuluh tahun. Usamah bin Zaid dan Muhammad bin Qasim menjadi panglima perang seawal usia 18 tahun. Muhammad al-Fateh membuka kota konstantinople seawal usia 21 tahun dan ramai lagi pemuda seperti Mus’ab Bin Umair, Umar Abdul Aziz, Abdullah bin Mas'ud, Ubai bin Ka'ab, Muaz bin Jabal dan lainnya yang telah melakar sejarah bangsa. Pemuda seusia mereka, pada hari ini masih samar hala tuju, masih berhadapan krisis identiti, bahkan masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan mereka. Di manakah silapnya kita?HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-68826141317164380392010-12-05T22:42:00.000-08:002010-12-05T23:22:51.310-08:00QALAM ULAMA' - siri 2Assalamualaikum. Lebih setengah tahun menyepi. Kasihan blog ni. Tuannya sibuk dengan tugasan lain, kalau online pun asyik ke facebook. Sebenarnya bukan susah menulis di blog, tapi ada saja halangan kalau nak menulis. Tapi dakwah 'bil hal' tetap berjalan, mungkin wacana blogger waktu ini dipandang agak sepi. Facebook pula jadi tumpuan.. Tak salah alihkan sedikit perhatian ke facebook untuk urusan dakwah dan kebajikan. Ustaz Zahazan pun dah pandai ber-facebook.
Ada beberapa qalam ulama yang boleh dijadikan ikhtibar , salah satunya telah dibincangkan sebelum ni, iaitu kata Syeikh Abdul Qadir Jilani, "sesiapa yang mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi."
Kali ni kita tenung dan renung pula qalam Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih :
Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah), jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
Gunakan waktumu untuk agama, jika tidak waktu pun akan habis juga tapi bukan untuk agama.
Gunakan hartamu untuk agama, jika tidak harta pun akan habis juga tapi bukan untuk agama.
Mati lah kamu dalam jihad menegakkan agama, jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.
*** Urusan kita seharian tidak pernah terpisah dengan agama bahkan tugas kita yang masih belajar di sekolah dan universiti, atau yang berkerja sebagai manager, doktor, peguam, peladang, penternak, peniaga pasar malam, penjual tiket, polis dan sebagainya 'tidak boleh tidak' harus terikat dengan agama dan dengan niat menegakkan agama Allah. Sia-sia segala kejayaan atau kekayaan sekiranya tidak ada sumbangan terhadap pembangunan ketamadunan ummah. Perkerjaan yang tidak diniatkan ikhlas kerana Allah, Ibarat melemparkan pancing yang tiada umpan, waktu terbuang, hasilnya tiada. wallahua'lamHURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-8527670427785793672010-04-04T19:12:00.000-07:002010-04-05T00:14:01.802-07:00IMAM KECILAssalamualaikum.. seminggu berteduh di bawah langit lazuardi Kuantan..
Bahagia dapat bersama anak2 buah yang munggil.. sempat menyinsing lengan mencuci berak kencing fahmi sicilik dan fakri simanja, membancuh 'nenen' untuk syahmina sebelum lalat sempat bangun tidur, sambil malamnya penuh dengan bedtime story untuk kimi yang makin cerdas.. pendek kata, warna-warni laskar pelangi memenuhi ruangan hati walau singkat namun membahagiakan.. kelelahan memenuhi tuntutan anak2 kecil kadang-kala buatkan solat jadi terburu-buru.. anak itu kan ujian Allah.. anak buah juga ujian Allah.. semoga ujian itu dapat memantapkan iman..
video kimi dan syahmina solat maghrib bersama... they are so cute.. so naive'...HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-49994630497600679452010-03-03T22:06:00.000-08:002014-09-01T08:30:19.853-07:00Jangan Terpedaya CABUTAN BERTUAH CELCOMAssalamualaikum
Dah lama tak kemaskini blog.. masih lagi sedang menyiapkan buku sains edisi ke dua tahun ni. tapi disebabkan ada satu cerita menarik yang nak dikongsi bersama, bahkan rasanya cerita sebegini tak boleh disimpan-simpan.. bimbang merugikan orang lain yang mungkin masih belum tahu-menahu akan isu ini..
Selalunya saya akan menerima sms atau email yang nak bagi duit free kerana cabutan bertuah dan sebagainya.. tapi tu semua kita tahu siang2 menipu.. tapi kali ni tektik yang digunakan lebih berani.. si pengusaha duit haram ni terang-terangan menelefon untuk bagi duit free ni.. ada baiknya saya kongsi perbualan antara saya dengan penipu yang mengaku daripada ibu pejabat celcom ni..
encik penipu : assalamualaikum dan selamat pagi
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya bercakap dari ibu pejabat celcom kuala lumpur. adakah encik pemilik no tel 013*******?
saya : ya saya
en. penipu : kami dari celcom ada membuat cabutan bertuah untuk pelanggan kami dan nombor encik telah terpilih mendapat tempat ketiga dengan ganjaran rm5000.
saya : ye ke? (dlm hati: aik, ade ke cabutan bertuah camni? senangnya nk dpt duit.. tpi bagus jugak kalo betul, duit scholar belum masuk lg ni}..
en.penipu : betul encik. kami ingin mengucapkan tahniah kepada encik dan pihak kami akan memasukkan duit ke dalam akaun encik. boleh encik berikan no akaun maybank?
saya : o no akaun? kenapa maybank? CIMB tak boleh?
en. penipu : Tak boleh encik sebab kami berurusan melalui maybank.
saya : ok. tunggu jap. (dalam hati: boleh kot bagi no akaun. sebab selalu beli barangan online memang no akaun bersepah je.. no akaun aman palestin pun ada kt mana2..) .. ok ni no nya.. ************
en. penipu : baiklah encik, encik ada atm kad?
saya : ada, kenapa?
en. penipu : sekiranya encik ingin menuntut duit tersebut, encik perlulah berada di hadapan mana-mana ATM maybank untuk mengeluarkan duit tersebut sebaik sahaja duit di bank-in kan..
saya : aik? macam tu pulak? pelik betul. (dalam hati : sah.. memang orang ni nak menipu.. ) encik, kalau betul-betul nak bagi duit tu, bank-in je la, bila2 saya keluarkan.
en. menipu : tak boleh encik.. sebabnya kami ingin mendapatkan rekod bahawa pelanggan kami telah benar-benar mendapat ganjarannya.
saya : pelik jugak.. maaflah encik, saya sibuk.. sekarang ni kan waktu kerja. mana ada masa nak pergi ATM.
en. penipu : kalau begitu pihak kami akan menelefon encik semula selepas waktu bekerja jam 5 petang.
saya : suka hati la.
en. penipu : pihak kami berharap agar mendapat kerjasama dari pihak encik dan encik sudah bersedia di hadapan mesin ATM pada jam 5.00 petang.
lepas perbualan pertama, saya yakin ini satu penipuan. tapi rasa nak tahu pulak macammana teknik penipuan ni dapat berkesan menyedut duit daripada akaun kita. sambil berfikir-fikir saya meneruskan kerja tnpa bercerita kepada sesiapa.
JAM 5.00 Petang telefon berdering lagi. masa tu tengah discuss spectrum dengan supervisor di lab
en. penipu : assalamualaikum encik.
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya daripada ibu pejabat celcom tadi. adakah encik sudah berada di hadapan mesin ATM?
saya : Sorry la encik, saya bz sangat tak sempat ke ATM
en. penipu : encik, pagi tadi encik berjanji akan bersedia di mesin ATM selepas waktu pejabat.
saya : (eh, marah plak mamat ni)tak sempat la encik. kenapa beria-ia nak saya duduk depan mesin ATM ni?
en. penipu : seperti yang saya katakan, kami ingin memastikan pelanggan kami menerima wang ganjaran tersebut secara terus.
saya : ye ke? mcm mana encik nak pastikan?
en. penipu : encik perlu berada di hadapan mesin ATM untuk mengetahui kaedahnya. bila encik boleh meluangkan masa mendapatkan mesin ATM?
saya : (berapa kali ntah sebut mesin ATM.. mesin ATM.. rasa cam nak marah tapi disebabkan kat situ ada prof khalijah ngan prof hadiani.. tak jd plak...) oklah encik.. apa kata esok je?
en. penipu : kalau macam tu, pukul berapa esok encik akan berada di mesen ATM?
saya : pukul 10 pagi
Balik malamnya, saya menceritakan penipuan terancang yang tak berapa cerdik ni kat kawan-kawan.. tapi ada gak yang kata "eh, mana tau betul-betul orang tu nak bagi duit?" hehe.. lawak plak.. mana nak dapat duit senang2 mcm tu.. kalau peraduan power root pun ntah paket yang ke berapa puluh ntah baru bleh masuk peraduan, ini tup tup nak bagi duit.. takde plak masuk tv celcom nak buat cabutan bertuah mcm tu.. tapi disebabkan perasaan ingin tahu, saya akan jawab panggilan pagi esok dan merancang sesuatu.. hehee.. tiba-tiba..byk plak masa terluang nak melayan penipu professional ni..
jam 10.20 pagi telefon berbunyi.. kat situ tertera.. private number.. masa tu ada di lab dengan kawan-kawan lain..
en. penipu : assalamualaikum encik
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya dari ibu pejabat celcom. adakah encik sudah bersedia mendapatkan ganjaran encik daripada mesin ATM maybank?
saya : dah.. sebelum tu siapa nama encik?
en. penipu : nama saya adul aziz sulaiman. adakah encik benar-benar sudah bersedia di hadapan mesin ATM?
saya : dah (haha.. sejak bila pandai berlakon ni?}
en. penipu : (nada happy) kalau begitu encik bolehlah mengikut arahan saya untuk mendapatkan duit encik sebanya rm5000.
saya : ok
en. penipu : masukkan kad ATM encik dan PIN no.
saya : dah
en. penipu : apa yang tertera pada skrin tersebut?
saya : mcm biasa la.. akaun semasa.. akaun simpanan.. (nasib baik bleh imagine)
en. penipu : kalau begitu encik tekan butang lain-lain dan tukar no pin encik kepada 123456
saya : aik, kena tukar no pin plak? encik ni nak masukkan duit dalam akaun saya ke nak saya masukkan duit dalam akaun orang lain.
en. penipu : prosedurnya memang begitu.. masukkan nombor 123456
saya : oo.. ok.. encik nak duit tak? nanti kita share la duit ni
en. penipu : nak share? encik kena masukkan dulu no pin 123456 ke dalam tu..
saya : (hehe..) ok dah
en. penipu : adakah encik pasti? cuba encik masukkan sekali lagi
saya : eh.. kan saya dah masukkan, tak dapat nak detect ke hape?
en. penipu : (bengang) rupanya encik tidak berada di hadapan mesin ATM sekarang.
saya : siapa dah nama encik tadi? abdul aziz? apa ye alamat ibu pejabat celcom?
en. penipu : ...beralamat di jalan semarak
saya : kalau betul encik mendapat maklumat daripada celcom.. adakah encik tahu nama saya selaku pelanggan celcom?
en. penipu : polisi kami adalah cabutan bertuah melalui nombor telefon. jadi kami tidak mengetahui nama pengguna
saya : (hehe.. malas dah nak bohong lg).. encik..kalau encik betul2 daripada celcom encik mesti tahu nama saya kan? kalaupun nak menipu tak payah la guna tektik ni.. semua orang dapat tahu.. saya ni budak sekolah tau.. bukan orang bodoh.. (mcm tak caya plak bleh tercakap mcm tu)
en. penipu : apa yang encik cakap ni, saya betul2 daripada celcom
saya : encik, lain kali kalo nak tipu carilah pendatang asing tanpa izin ke...
en. penipu : apa yang encik cakap ni?
saya : encik ambik la duit tadi tu.. saya bagi kat encik je.. bagi makan anak-anak pakai duit haram tu..
en. penipu : saya islam, encik pun islam.. saya ni haji tau.
saya : (hehe.. lawak) kalau dah gi haji, apa hukum tawaf kalau tak pakai stokin.. sah tak? (apa ke bentuk soalan ntah yang terkeluar spontan.. hahaa)
en. penipu : e..ee..
saya : tak payah dah nak tipu-tipu orang lagi.. duit tu duit haram tau..
en. penipu : @#$%^&**!@#$%%% (mencarut tak henti)
saya : dah la encik, tak payah nak mencarut pulak.. duk mana ni, luar malaysia ke?
en.penipu : sabah
saya : o sabah tadi ckp KL. ni line telefon pun curi ke.. dah la.. kesian plak banyak kena bayar bil telefon.
en. penipu : dah la.. oklah.. assalamualaikum
saya : malas nak jawab..
wah.. satu pengalaman dapat menginterview penjenayah yang terlibat kebas duit orang melalui mesin ATM ni. sungguh menyedihkan bila manusia yang mengaku Islam tak lagi kesah tentang halal haram.. lepas je temubual pagi tadi, cepat2 sms adik2 bagi warning tentang penipu yang berani2 nya call orang. bukan apa, takut adik2 yang masih mentah mudah percaya.. maka habislah duit yang tak seberapa dalam bank tu lesap.. nauzubillah.. mudah-mudahan tak sia-sia conversation tu.. bleh bagi peringatan kepada orang lain. nak buat report polis pun maybe kes ni dah terlalu lazim.. cuma bila terkena kat muka kita rasa excited plak nak tanganinya.. wallahualamHURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com45tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-22377612903154339662010-01-28T04:59:00.000-08:002010-01-28T05:13:09.169-08:00IMPIKANLAH!!!Suatu ketika Khalifah Umar berkata kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Khalifah Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Khalifah Umar pun berkata:
“Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.
Abdullah bin Mas’ud r.a juga mengatakan: “Barangsiapa di antara kalian yang ingin meneladani, hendaklah kalian meneladani para Sahabat Rasulullah saw. Kerana sesungguhnya mereka adalah ummat yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya dan paling lurus petunjuknya serta paling baik keadaannya. Suatu kaum yang dipilih Allah untuk menemani Nabi-Nya, untuk menegakkan agama-Nya, maka kenalilah keutamaan mereka serta ikutilah atsar-atsarnya, karana mereka berada di jalan yang lurus.” [Dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Baar dalam kitabnya Jami’ Bayanil Ilmi wa Fadhlih II/947 no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir az-Zuhairy]
Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua dijemput hadir.
TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
Agenda
8.00 – 8.30 pagi - Pendaftaran peserta
8.30 – 8.45 pagi - Ucapan Alu-Aluan
9:00 – 10.00 pagi -Perasmian
10.00 – 10.30 pagi - Minum pagi
10.30 – 11.30 pagi - Ucaptama
11.30 – 12.40 - pagi Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Ustaz Mohd Rusdi bin Haji Alias
12.40 – 2.30 ptg - Solat & makan tengahari
2.30 – 3.40 ptg - Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Ustaz Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
3.40 – 3.50 ptg - Selingan video
3.50 – 5.00 ptg - Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
5.00 – 5.30 ptg - Pembentangan Resolusi & Penutupan Majlis
Objektif Konvensyen
• Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
• Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
• Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
• Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat
SIAPA HASSAN AL-BANNA?
Hasan al Banna merupakan seorang tokoh umat Islam yang menghidupkan isu Palestin. Beliau berjaya menjadikan Palestin sebagai isu utama umat Islam. Ini merupakan salah satu pendapat yang dilontarkan dalam seminar yang diadakan di Pusat Kajuan dan Penelitian Palestin di Gaza. Tema seminar ialah “60 tahun Syahidnya Imam Hasan al Banna”. Acara ini dihadiri para ulama dan pemimpin lembaga dan organisasi Islam dan nasional serta para pemikir Islam.
Dr. Muhammad al Hindi, pemimpin Jihad Islam dan juga pengarah Pusat Kajian dan Penelitian Palestin, mengungkap peranan Hasan al Banna dalam isu Palestina. Al Hindi mengatakan, “Imam Hasan al Banna menjadikan Palestin sebagai tumpuan perhatian dan istimewa. Beliau menganggapnya sebagai isu bersama umat Islam. Al Hindi menyatakan Imam al Banna amat mengetahui konflik di Palestin. Al Banna juga menyebutkan dunia Barat dan Yahudi bekerjasama menghancurkan Palestin.
Al Hindi menambahkan, “Pada tahun 1947, Imam al Banna menolak pembahagian wilayah yang dikeluarkan PBB. Dia menyampaikan seruan kepada seluruh umat dan Ikhwan secara khusus untuk menunaikan kewajiban jihad di Palestin. Al Banna mengatakan, “Al Ikhwan al Muslimun akan mencurahkan nyawa dan dana mereka dalam jihad mempertahankan setiap jengkal tanah Palestin.
Al Hindi menyambung lagi, “Pada tahun 1948, ketika deklarasi negara Zionis-Israel, Imam al Banna mengambil keputusan menghantar mujahidin dari Ikhwan ke Palestin. Meskipun ketika itu Zionis Israel mempunya i kekuatan yang kuat, al Banna tetap mengirim mujahidin dalam rangka menunaikan kewajiban.
Sementara itu Dr. Abdul Aziz Sakaki mengatakan, “Imam al Banna telah mencipta dakwah yang menyebar di seluruh pelosok dunia. Dialah orang pertama yang menghidupkan isu Palestin yang ketika itu tidak seorang pun mengetahui tentangnya. al Banna turut memimpin perang di Palestin. Al Banna akhirnya syahid disebabkan para pengkhianat.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif
*** Setiap usaha yang dijalankan oleh gerakan yang diterajui Hassan al-Banna mendapat tentangan hebat yahudi bahkan dari kalangan tali barut barat yang menghukum pemikirannya sebagai amat berbahaya bahkan syirik. Tetapi siapakah yahudi zionis ini yang berhak meletakkan kesesatan terhadap orang yang berjihad mempertahankan Islam? Kalaupun kita tidak pernah ambil kisah isu2 di palestin dan isu2 jihad, menjadi kewajipan kita menyokong kefahaman yang jelas sekali sejajar dengan al-Quran dan sunnah bahkan mengajak kita menjadi ummat yang tidak kaku terhadap isu dunia Islam. Jom pakat g ramai-ramai ke KOBANA, semoga bertambah kefahaman tentang peri pentingnya pemikiran ulama yang banyak mengorbankan masa waima nyawanya untuk agama Allah.
*** Alhamdulillah di Malaysia sudah ada aman palestin yang diasaskan ISMA...
***HAMMAS masih berusaha mempertahankan Baitulmaqdis hingga saat ini. Sesungguhnya mereka perlukan bantuan ummat Islam seluruh dunia. Bahkan isu ini tidak pernah kering... darah syuhada' masih mengalir di bumi Palestine. Apa sumbangan kita?HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-15923477367953171902010-01-20T01:12:00.001-08:002010-12-16T22:00:06.369-08:00Petua bagi Ahli MaksiatSuatu hari, seorang ahli hikmah, Ibrahim bin Adham didatangi oleh orang yang mengaku ahli maksiat. Ibrahim bin Adham memberikan nasihatnya, seraya berkata, "Jika ingin menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka tidak mengapa kamu meneruskan sikapmu yang gemar berbuat maksiat."
Mendengar perkataan Ibrahim, ahli maksiat dengan tidak sabar bertanya, "Ya Abu Ishaq (panggilan Ibrahim bin Adham), apa syarat-syaratnya?" Ibrahim bin Adham berkata,
"Pertama, jika ingin melakukan maksiat kepada Allah, janganlah kamu memakan rezeki-Nya." "Lalu aku harus makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" kata sang ahli maksiat kehairanan. Ibrahim bin Adham berkata lagi, "Ya, kalau sudah menyedarinya, masih layakkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu melanggar perintah-perintah-Nya?”
Kemudian syarat yang kedua, kalau ingin bermaksiat kepada-Nya, maka janganlah kamu
tinggal di bumi-Nya. "Ya Abu Ishaq, kalau demikian, aku akan tinggal di mana? Bukankah semua bumi dan isinya ini kepunyaan Allah?" kata lelaki itu. "Ya Abdullah, renungkanlah olehmu, apakah masih layak memakan rezeki-Nya, tinggal pula di bumi Allah, sedangkan kamu masih hendak melanggar perintah-Nya?" kata Ibrahim. "Ya benar, " kata lelaki itu tertunduk malu.
Ibrahim bin Adham kembali berkata, "Syarat ketiga, kalau ingin juga bermaksiat, masih mahu makan rezeki-Nya, masih mahu tinggal di bumi-Nya, maka carilah suatu tempat yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat-Nya.""Ya Abu Ishaq, mana mungkin Allah tidak melihat kita?" ujarnya. Sang ahli maksiat itu pun terdiam merenungkan petua-petua Ibrahim. Lalu ia kembali bertanya, "Ya Abu Ishaq, kini apa lagi syarat yang ke empat?"
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut ruhmu, katakanlah, "Tangguhkanlah kematianku. Aku ingin bertaubat dan melakukan amal sholeh." kata Ibrahim. "Ya Abu Ishaq, mana mungkin malaikat maut mahu mengabulkan permintaanku itu." jawab lelaki itu. "Baiklah ya Abu Ishaq, sekarang sebutkan apa syarat yang ke lima?" tanyanya lagi.
"Kalau malaikat Zabaniyah hendak membawamu ke neraka di hari kiamat, janganlah engkau ikut bersamanya." "Ya Abu Ishaq, jelas saja mereka (malaikat Zabaniyah) tidak akan mungkin membiarkan aku menolak kehendak-Nya." ujar lelaki itu.
"Kalau demikian, jalan apa lagi yang dapat menyelamatkanmu ya Abdullah?" tanya Ibrahim bin Adham. "Ya abu Ishaq, cukuplah! Cukup! Jangan engkau teruskan lagi, mulai detik ini aku mahu beristighfar dan mohon ampun kepada Allah. Aku benar-benar ingin bertaubat." ujar lelaki itu sambil menangis penuh penyesalan.
Rujukan : http://dakwah-buat-remaja.blogspot.com/2009/11/nasihat-ibrahim-bin-adham-untuk-ahli.html
(1). Sepertiga Akhir Malam
(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
(Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
(Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).
(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
(6). Ketika Waktu Terbangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
(Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
(Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
(Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)
(9). Ketika Saat Sedang Hujan
(Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
(Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)
(11). Ketika Lailatul Qadar
(Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
(12). Doa Ketika Hari Arafah
(Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
RUJUKAN : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=101&bagian=0
*sungguh Allah Maha Pemurah sehinggakan hampir setiap waktu ada mustajabnya.. terpulang pada kesungguhan manusia untuk meraih hikmah yang jelas dan tersembunyi. Terkesan saya pada kata-kata Khalifah Umar...
“Aku tidak bimbang akan waktu mustajabnya doa, tapi aku bimbang seandainya tidak diberikan taufiq untuk berdoa” … Khalifah Umar al-Khatab
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-959052754607709016.post-68411578696314295872010-01-16T18:26:00.000-08:002010-01-17T06:52:31.397-08:00SATU HATI"Tidak akan terkumpul dalam hati seorang hamba kekikiran dan keimanan" (maksud hadith)
bilamana cenderung hati kepada perkara2 lagha, nescaya khusyuk akan makin jauh.. andaikata hiburan menjadi teman seharian, sudah tentu al-Quran semakin dilupakan.. bahkan kehidupan yang gemar kepada maksiat menjauhkan manusia dengan ibadah.. sampaikan hati yang penuh dengan takabbur dan sombong pasti menghilangkan tawaddu'.. dan sikap boros menjauhkan qanaah serta hati yang zalim buat manusia lupa kepada belas ehsan.. Lemahnya manusia.. yang hanya-sanya memiliki satu hati.. yang padanya tidak boleh dikumpulkan dua cinta.. seandainya dunia menjadi matlamatnya, nescaya akhirat semakin dilupa.. alangkah baiknya seandainya matlamat dunia hanya di genggaman, namun akhirat tetap di dalam hati.
*** teringat saya pada satu analogi, andaikata kita memakan dua jenis makanan yang sangat manis, hanya satu sahaja kemanisan yang dapat dinikmati.. yang selebihnya akan merasa hambar.. kerana itu, setiap kali kita seronok dengan nikmat dunia, jangan dilupa destinasi akhirat yang mungkin semakin diabaikan.. Wallahua'lam
Sedikit tentang sifat Rasulullah.. apabila berjalan, selalu kanak-kanak datang mengelilingi baginda kerana sifat penyayang. Apabila gembira, baginda senyum dengan seluruh hatinya, ketawanya adalah senyuman dan baginda tidak ketawa secara kuat. Apabila bertemu orang, baginda akan memberi salam terlebih dahulu sebelum orang sempat memberi salam. Baginda sangat kasih terhadap fakir miskin, anak yatim dan haiwan. Kalau berjalan, pandangan matanya lebih banyak ke bumi berbanding ke hadapan (rupanya, berjalan tunduk tu salah satu sunnah).. Baginda sangat memelihara pakaiannya agar sentiasa rapi dan bersih. Baginda juga sangat suka pakaian yang berwarna putih. Selain itu, wajah baginda sentiasa kelihatan bersih, bersinar dan bercahaya.
HAMBA
Sungguh aku hamba yang kadang kala pelupa, selalu lalai, seringkali bertangguh.. walhal seorang hamba tidak selayaknya begitu. Betapa nikmat yang diberi bagai tiada takungan yang mampu menadahnya, bak kata pepatah 'kecil tapak tangan nyiru ditadahkan'.. namun kebajikan yang Tuhan-ku beri lebih dari itu, confirm2 tak muat nyiru(bahasa kelantan;bade-untuk menampi), lebih dari luasnya bumi yang kupijak.. sungguh setiap denyut nadiku dipenuhi nikmat dan rahmat.. namun sedikit sekali syukurku, ringan sekali amalanku, bahkan lalainya aku untuk kembali mengingat statusku.. aku hamba, yang sepatutnya bertungkus lumus berkhidmat untuk Tuhan-ku, seharusnya sentiasa menunjukkan ketaatan yang tiada tolak bandingnya. Bahkan aku wajib menyampaikan amanah Tuhan-ku..... ALLAHUMMA A-INNI A'LA ZIKRIKA WASYUKRIKA WAHUSNI I'BADATIK... aku HAMBA ALLAH.
Asmah Alias-11 Jan 2010
Kenal tak syeikh abdul Qadir Jilani? Kalau kenal, mungkin anda tahu yang beliau adalah ulama tersohor yang merupakan golongan ahli sufi yang terkenal. Beliau juga merupakan anak kepada Abu Soleh(dari keturunan cucu-cicit Rasulullah s.a.w dr. Saidatina Fatimah) dan ibunya ummu khair. Kata syeikh abdul Qadir, sesiapa yang mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi. Bagaimana pemahaman kita tentang qalam ini? Di sini dinukilkan pendapat saya, mudah-mudahan inilah permulaan terbaik untuk mengajak diri saya sendiri dan sahabat melihat kepada keperluan ilmu syariat, thoriqat, ilmu hakikat seterusnya mengenal Allah. Wallahua’lam.
Sebenarnya mempelajari syariat adalah kewajipan kita. Syariat berkait rapat dengan perlaksanaan setiap rukun Islam dan Iman berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Syariat menurut metodologi ilmu Islam bererti apa sahaja yang ditetapkan oleh Allah SWT untuk para hambanya baik tentang akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan apa sahaja tata hidup di dunia ini. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap syariat Islam, sudah cukup menjadikan seseorang mukmin itu bertaqwa kepada Allah. Apabila berlakunya penyelewangan akidah dan sebagainya, tidak lain dan tidak bukan kerana jahilnya seseorang terhadap hukum syariat. Begitu juga bila berlaku maksiat dan kerosakan, juga disebabkan manusia jahil terhadap hukum syariat. Pendek kata semua fardhu ain dan fardhu kifayah terangkum dalam syariat. Sebelum kita pandang kepada orang lain, cuba semak diri kita sendiri, adakah kita ni dah settle bab-bab syariat ni? Bila orang tanya hukum itu dan ini, kita tahu tak? Dan bila kita sendiri menjalani kehidupan sehari-hari, kita tahu tak bezakan mana satu yang syubhah dan sebagainya? Sebagai contoh mudah, kita tahu tak hukum dalam solat, mana satu yang ab'ad atau tidak? mana satu takbir yang disunatkan dalam rukun? adakah sah membaca al-Fatihah tanpa Bismillah? boleh tak berimamkan orang yang solat sunat atau solat jamak sedangkan kita solat fardhu? bila kurang rakaat dan sedar selepas salam apa yang harus dibuat? dan banyak lagi persoalan syariat yang kawan2 di makmal selalu tanya. Ni belum masuk bab puasa, muamalat, harta pusaka, pengurusan jenazah dan sebagainya. Semuanya berkait dengan syariat. Adalah salah kalau kita fikir hanya ustazah je yang perlu tahu ni semua, dan kita tak perlu tahu... sedangkan tiada bezanya antara kita dengan ustazah di alam barzakh dan di mahsyar nanti. Kita semua akan disoal dengan soalan2 yang sama, takde la jawatan ustazah menyebabkan soalan yang ditanya susah sket sebab dia banyak tahu. Yang pasti perbezaan di sisi Allah adalah taqwa. Tak kira sape pun kalau nak jadi orang yang bertaqwa perlu arif dalam syariat Islam. Sebabnya kejahilan boleh menyebabkan kita tergelincir dari landasan agama. OK, ni baru bab syariat.. belum masuk thoriqat..
Sebenarnya orang yang belum menguasai syariat dengan sepenuhnya tidak akan mampu berada di atas thoriqat (jalan).. Ni bukan thoriqat yang sesat tu, yang ni maksud saya thoriqat Islam (jalan mengenal Allah). Sebab ilmu thoriqat merupakan landasan yang dilalui oleh seorang Mukmin yang sangat memahami syariat untuk melihat hakikat sebenar setiap perkara yang ditentukan Allah. Sebagai contoh, sekiranya kita tak tahu rukun-rukun solat dengan sepenuhnya, kita tidak akan merasai hakikat kemanisan solat. Sebabnya bab syariat kita belum settle lagi. Yela, kalo dah bacaan tak sempurna, maksud bacaan tak difahami serta sunnat dan wajib dalam solat tak dapat dibezakan, bagaimana nak mendapat khusyuk?. Jalan ke arah mencapai hakikat dalam setiap hukum yang ditetapkan Allah itu dikenali sebagai ilmu thoriqat. Maka segala jalan yang ditentukan oleh syarak yang di bawa oleh Rasulullah SAW. seperti melaksanakan rukun fardhu, membanyakkan sembahyang sunat dan puasa dan zikirullah serta membanyakkan membaca dan mengkaji Al-Quran, memperdalami ilmu agama, berbuat kebajikan kepada golongan fakir dan lain-lain itu dikatakan "thoriqat", dan orang yang menjalankannya dan mengerjakannya mengikut syariat dinamakan "Ahli Thoriqat". Maka jelaslah dan nyatalah bahawasanya thoriqat itu terangkum dalam syariat dan tidak keluar daripada syariat Islam di mana ianya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firmanNya dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud;
"Dan apa-apa yang telah dibawa oleh Rasulullah itu maka ambillah olehmu dan apa-apa yang ditegah olehnya, maka berhentilah daripada mengerjakannya".
Namun ada di kalangan ahli thoriqat di Malaysia (mereka ni ngaku ahli thoriqat) mudah terpesong atau sesat sebabnya mereka sendiri belum menguasai syariat. Apa yang saya pernah dengar dan baca, sesetengah ahli thoriqat ni (yang sesat) bila gi rumah tok guru siap boleh salam ngan cium lagi tangan isteri tok guru. Kononnya berada di atas thoriqat tapi ilmu syariat diorang tak tahu(hancur). Pergaulan (ikhtilat) pun tak reti jaga. Akibat ceteknya kefahaman syariat, mereka mudah terpedaya dengan ajaran tok guru yang salah.. Ni baru thoriqat.. atas sket je dari syariat.. Tapi bagi orang2 yang benar2 ahli dalam bab syariat, secara mudahnya mereka adalah orang-orang yang berada di atas landasan thoriqat yang benar.
Ok, beralih kepada ilmu hakikat.. apabila syariat seseorang tu dah faqeh atau ‘ahli’, dan menempuh jalan thoriqat dalam memahami setiap rukun, barulah akhirnya seseorang itu mampu melihat hakikat. Dalam setiap amal perbuatan dan segala kejadian alam, hakikatnya adalah Allah Taala kerana jika tidak wujud Allah Taala tentu sekali tiadalah wujud Alam ini dan segala macam isinya. Maka apa-apa yang ada pada makluk dan apa-apa yang terbit dari makhluk itu semuanya Allah Taala yang menjadikannya seperti firman Allah yang bermaksud;
"Dan bermula Allah itulah yang menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuatkan" (Surah As-Shofat: 96).
Maka zahir ayat ini menunjukkan bahawasanya hakikat bagi kita dan perbuatan kita ialah Allah Taala, bukan dari kita kerana makhluk tiada kuasa sekali-kali. "Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka, di situ ada Wajah Allah". Maka hendaklah beriman dan percaya dan mengi'tiqadkan bahawa sekelian perkara ini adalah kekuasaan Allah Taala, cuma zairnya sahaja disandarkan pada makhluk.
Untuk mencapai hakikat dan mengenal Allah Taala ini, maka ianya juga termasuk dalam tuntutan Syariat dengan mempelajari Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuluddin atau Ilmu Sifat 20. Mana mungkin untuk mengetahui hakikat Allah Taala dan percaya, beriman dan beri'tiqad dengan i'tiqad yang sebenarnya sekiranya tiada Ilmu mengenai Ketuhanan. Demikian juga halnya kewajiban untuk mempelajari Ilmu Tasauf juga merupakan tuntutan "syariat" supaya boleh membezakan antara yang Haq dan yang batil.
Akhirnya, seseorang yang memiliki atau memahami hakikat setiap rukun akan mampu menterjemah hadith dan mentafsir al-Quran dengan baik. Setiap firman Allah dapat diterjemahkan dalam bentuk yang jelas dan tepat. Dan orang-orang sebegini sebenarnya adalah orang-orang yang mampu mencipta sejarah mereka sendiri seperti imam syafe’i yang mampu memperincikan hukum al-Quran dalam bentuk yang mudah difahami dan diterima pakai oleh sebilangan besar ummat Islam. Dan mazhab syafe’i ini menjadi pemudah dalam setiap urusan ummat manusia. Bila dah ikut mazhab, manusia2 yang masih belum mengusai syariat hanya perlu mengikut hukum mazhab tanpa perlu bersusah payah mentafsir sendiri al-Quran dan menghafaz setiap hadith Rasulullah. Ramai lagi di kalangan ulama tersohor yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang ilmu hakikat kerana mereka ini adalah dari golongan huffaz dan ulama hadith yang menguasai keseluruhan ilmu syariat. Contohnya seperti imam Hambali, Maliki, Hanafi, Syed Qutb, Hasan al-Banna, Syeikh abd Qadir, ibnu Taimiyyah, Imam Ahmad, Baihaqi, al-Ghazali, at-Thobari dan lain-lain. Tapi sayang, mereka ni adalah dari golongan tabi’ tabiin(ulama zaman dahulu) dan tidak seorang pun ummat hari ini yang mampu mengikut jejak mereka. Yang tinggal hari ini hanyalah kitab2 yang ditinggalkan untuk manusia2 dhaif seperti kita untuk mengkajinya. Apa yang saya tahu, setiap perkara yang ditafsirkan oleh mereka adalah bersandarkan ketinggian ilmu pengetahuan dan bukan kepada logik akal semata mata. Jika kita ingin meletakkan diri kita setanding dengan mereka(cuba memahami hakikat) atau ingin mentafsir sendiri al-Quran dan hadith(kerana tak bleh terima pandangan mereka) pastikan kita ini dari kalangan orang yang benar-benar sudah menguasai syariat islam serta haffaz al-Quran dan keseluruhan hadith sahih. Bahkan kita dibenarkan tidak mengikut mana-mana mazhab seandainya penguasaan kita terhadap ilmu syariat adalah sangat tinggi. Pada waktu itu barulah kita boleh meyakini bahawa pendapat kita adalah kerana ilmu yang luas, bukan semata-mata memberi pendapat tapi masih jahil dalam ilmu, akhirnya syok sendiri.
Rujuk balik Qalam Syeikh abdul Qadir Jilani tadi, mencari hakikat tanpa syariat adalah batal dan sesiapa yang mempelajari syariat tanpa hakikat itu adalah rugi. Kalau syariat masih jahil tapi dah melihat hakikat, hakikat tu batal sebab ramai orang yang mengaku mengetahui hakikat ilmu pengetahuan tapi masih jahil dalam syariat Islam. Contohnya macam ajaran ayah pin tu, kononnya dah boleh berinteraksi dengan kerajaan langit dan sebagainya(mereka merasa itu hakikat) tapi yang sebenarnya hakikat mereka itu batal kerana kejahilan mereka pada ilmu syariat. Kalo tak caya, cuba tanya ayah pin hukum2 syariat gerenti tak bleh jawab. Kita sendiri, pastikan diri kita memahami syariat dengan mendalam kalau nak memahami hakikat pada setiap hukum dan firman Allah. Takut2 kita boleh tersimpang dan tersasar dari landasan sebenar kerana kejahilan kita. Dan apabila kita sudah menguasai syariat, barulah kita akan dapat memahami hakikat setiap perkara.. kerana tanpa hakikat, kita akan rugi. Sekarang ni muhasabah diri kita, sejauh mana pemahaman kita pada syariat Islam. Kalau masih cetek, belajarlah... utamakan syariat.. tinggalkan dulu perkara2 hakikat yang cuba kita cari kerana hakikat hanya boleh dilihat oleh mata hati yang diterangi tengan ilmu pengetahuan yang mantap. Saya menasihatkan diri sendiri dan sahabat.. Dalamilah syariat Islam..
Ilmu makrifat pula..sedikit sekali dalam pengetahuan manusia.. dan hanya Allah yang lebih mengetahui. Ilmu ini hanya dikurniakan kepada hamba2 yang terpilih dan sudah melihat hakikat dalam setiap ketentuan Allah. Orang yang berada pada tahap ini akan dapat mengenal Allah(kenal bukan beerti lihat-kenal melalui asma’ dan sifat2 wajib), khusyuk dalam setiap pekerjaannya, dan sentiasa mengingati Allah pada setiap hembusan nafasnya. Ketika solat, mereka dapat merasakan seolah-olah mereka sedang diperhatikan Allah hingga gementar setiap urat saraf kerana ketakutan dan malu kepada Allah. Mereka tenggelam dalam kekhusyukan dan rasa cinta kepada Allah. Mereka yang memiliki ilmu makrifat ini, seandainya melakukan pekerjaan, mereka akan melakukan bersungguh-sungguh kerana niat mereka hanya kerana Allah. Mereka akan sesungguh hati mencari dan menggali ilmu Allah supaya mereka dapat mengenal Allah dan setiap usaha mereka akan memantapkan akidah serta mendekatkan diri kepada Allah. Kerana itu, mereka terus-menerus melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara2 yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah. Seandainya, mereka tersilap atau terlupa, mereka segera bertaubat dengan taubat nasuha dan istiqamah dalam beramal ibadah. Orang-orang sebeginilah yang akan menggoncang dunia dengan kehebatan ilmu kerana keihklasan mereka kepada Allah. Mereka akan mampu mencipta sejarah dan mencorak tamadun. Golongan sebegini akan menguasai dunia dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan iman. Percayalah, Islam akan tertegak kerana adanya golongan manusia yang sebegini… Islam akan kembali gah seandainya manusia2 yang mengaku tiada tuhan selain Allah dan Muhammad Rasulullah sudah menguasai syariat, thoriqat, hakikat dan makrifat. Kerana segala macam ilmu di dunia ini terangkum di bawah syariat Allah. Tidak ada satupun ilmu yang terpisah dari hukum Allah. Cuma hati2 yang buta tidak dapat melihatnya. Kerana itu, mereka yang mengaku dan merasa maju dengan ilmu mereka tapi meninggalkan tauhid kepada Allah akhirnya akan menemui kehancuran. Percayalah, masyarakat yang mengetepikan hukum Allah adalah masyarakat yang akan musnah kerana kerosakan sosial dan moral mereka ibarat barah yang menular.. senyap namun akhirnya menjadi kronik.
Waalahua'lam
Asmah Alias-11 Jan 2010HURUN E'INhttp://www.blogger.com/profile/07612629830782482651noreply@blogger.com1