Friday, February 11, 2011

MABRUK!!! TAHNIAH RAKYAT MESIR.

Pagi ini, seluruh rakyat Mesir meraikan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Hamas di Palestin, Hizbullah di Lubnan, Iran dan seluruh tanah Arab mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir. Secara peribadi, sekalung tahniah saya ucapkan kepada rakyat Mesir yang telah berjaya melakukan perubahan dalam tampuk pemerintahan negara.. Harapan kami seluruh ummah, tiada lagi boneka Israel di Mesir, tiada lagi Majlis rakyat dan Majlis syura yang dipalsukan, tiada lagi penggunaan kekerasan dan pembunuhan golongan ulama, tiada lagi golongan munafik dalam mendominasi tanah Arab. Mudah-mudahan inilah petanda kebangkitan Islam. Astaudiu'kallah!

Thursday, February 10, 2011

Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Kebangkitan Rakyat Mesir

إن الإخوان المسلمين “وهم جزء أصيل من الشعب المصري الكريم” يتقدمون بخالص التحية والتقدير لشباب مصر وشعبها الحر في طول البلاد وعرضها على انتفاضهتم السلمية المباركة، وعلى الدور الوطني والأداء المشرف في حماية المؤسسات والممتلكات العامة والخاصة

Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin (yang merupakan satu bahagian yang tidak terpisahkan dari rakyat Mesir yang mulia ini) mengucapkan salam tulus dan penghargaan kepada para pemuda dan rakyat Mesir yang merdeka di seluruh pelusuk negara kerana kebangkitan secara aman mereka yang diberkati, juga atas semangat patriotik dan tindakan luhur dalam melindungi institusi dan harta benda awam dan juga swasta.


ويؤكد الإخوان المسلمون الدعوةَ إلى الاستمرار في ذلك، ويتقدمون مع جموع الشعب بالتحية إلى جيش مصر صاحب التاريخ الوطني المُشرِّف الذي يمتلك بالتأكيد رؤيةً إستراتيجيةً للحفاظ على أمن مصر وحماية مكتسبات الشعب وتحقيق مطالبه العادلة

Ikhwanul Muslimin menegaskan seruannya agar segala tindakan ini tetap terus diteruskan. Bersama-sama rakyat massa, Ikhwanul Muslimin ingin juga menyampaikan salam hormat kepada tentera Mesir, pengukir mulia sejarah negara. Pastinya mereka (pihak tentera) mempunyai visi strategik dalam menjaga keselamatan Mesir, melindungi kepentingan rakyat dan merealisasikan segala tuntutan saksama mereka.


ويؤكد الإخوان المسلمون أن ما حدث هو ثورة تلقائية سلمية وطنية ترفض الظلم وتطالب بالحرية والإصلاح الشامل، وأن الذين يقومون بتخريب المحال والاعتداء على الممتلكات العامة والخاصة هم شركاء الجهاز الأمني من البلطجية الذين سبق أن استعان بهم الأمن في قمع الشعب وتزوير إردته في الانتخابات


Ikhwanul Muslimin juga menegaskan bahawa, apa yang berlaku kini adalah merupakan sebuah revolusi (arus perubahan) yang tercetus secara automatik (tanpa dirancang) dan aman, hasil dorongan semangat kebangsaan yang menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh. Sementara mereka yang bertindak merosakkan kedai-kedai, menceroboh harta benda awam dan swasta, mereka sebenarnya adalah rakan persekongkolan pihak keamanan yang terdiri daripada kumpulan samseng yang sebelum ini pernah digunakan oleh pihak keamanan untuk menindas dan memalsukan kemahuan rakyat semasa pilihanraya.

ويؤكد الإخوان المسلمون أن الشاب الوطني الحر هم الذين تصدوا بأجسادهم لحماية المؤسسات والممتلكات من هذا العدوان الهمجي في ظلِّ غيابٍ كاملٍ لأجهزة الأمن، التي تفرَّغت للبطش بهم، بل وقتلهم، ونسيت مهمتها الأساسية

Seterusnya, Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa, para pemuda yang cintakan negara lagi merdeka, mereka inilah yang telah berjuang dengan tubuh jasad mereka bagi melindungi institusi dan harta benda ini daripada pencerobohan tak bertamaddun yang berlaku dalam suasana ketiadaan langsung pihak keselamatan. Bahkan sebaliknya pihak keselamatan pula yang menghabiskan seluruh masa dan usaha mereka untuk membantai bahkan membunuh para pemuda ini dengan melupakan tugas asasi mereka yang sebenar.

ويناشدون شباب الأمةَ الاستمرار في حماية مؤسسات الدولة والممتلكات العامة والخاصة مهما كانت التضحيات

Ikhwanul Muslimin menyeru para pemuda umat untuk tetap terus melindungi institusi negara, harta benda awam dan swasta, walau apa jua pengorbanan yang harus dibayar.

والإخوان المسلمون إذْ يتقدمون بخالص العزاء لأسر الشهداء، ويدعون الله أن يتقبَّلهم في الشهداء، ويمنُّ بالشفاء العاجل على المصابين؛ فإنهم يعلنون أنهم مع هذا الشعب الكريم حتى تتحقق مطالب الشعب الأساسية التي اتفقت عليها جموع الشعب وسائر القوى الوطنية والشعبية، وعلى رأسها

Ikhwanul Muslimin turut memajukan belasungkawa yang tulus kepada keluarga para syuhada’, berdoa kepada Allah agar menerima mereka sebagai syuhada’. Ikhwanul Muslimin juga mendoakan agar Allah mengurniakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin mengumumkan bahawa kami akan tetap bersama dengan rakyat yang mulia ini sehinggalah tuntutan asasi rakyat yang disepakati oleh pelbagai lapisan massa dan kekuatan nasional tercapai, terutamanya ialah:

1- إلغاء حالة الطوارئ فورًا ودون إبطاء

2- حل مجلسي الشعب والشورى المزورَينِ، والدعوة إلى انتخابات جديدة تحت إشراف قضائي كامل

3- الإفراج الفوري عن جميع المعتقلين والمسجونين السياسيين

4- الإعلان عن تشكيل حكومة وطنية انتقالية من غير الحزب الوطني تتولى إجراء الانتخابات النزيهة ونقل السلطة بشكلٍ سلمي

5- تشكيل لجنة وطنية للتحقيق وتقصي الحقائق في وقائع استخدام العنف والقتل غير المبرر ضد المتظاهرين، والذي تسبب في عشرات القتلى ومئات الجرحى وآلاف المعتقلين

1) Membatalkan keadaan darurat dengan segera tanpa penangguhan.

2) Membubarkan Majlis Rakyat dan Majlis Syura yang dipalsukan, dan menyeru agar pilihanraya baru dijalankan di bawah pengawasan penuh Badan Kehakiman.

3) Membebaskan segera semua tahanan dan banduan politik.

4) Mengumumkan pembentukan kerajaan peralihan nasional (yang dibentuk bukan daripada kalangan Parti Kebangsaan) untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan perpindahan kuasa secara aman.

5) Membentuk jawatankuasa nasional untuk menyiasat dan menyelidik fakta sebenar berkenaan kejadian penggunaan kekerasan dan pembunuhan tanpa alasan kukuh terhadap para demonstrator, yang menyebabkan puluhan orang terkorban, ratusan tercedera dan ribuan ditahan.

ونحن مصرون على الاستمرار في هذه الانتفاضة السلمية حتى تتحقق مطالب الشعب العادلة كاملةً غير منقوصة قبل أن يحصل ما لا نتمناه لوطننا الحبيب، وقد آن لليل أن ينجلي، وللقيد أن ينكسر.. والله نسأل أن يحفظ مصرنا وشعبها من كل مكروهٍ وسوء

Kami bertekad untuk meneruskan kebangkitan aman ini sehinggalah segala tuntutan rakyat yang saksama tercapai penuh tanpa terkurang, iaitu sebelum sesuatu yang kita tidak ingini berlaku kepada tanah air kita yang tercinta.

Dan telah tiba masanya untuk malam berlalu dan belenggu dipecahkan. Kami memohon kepada Allah agar memelihara negara Mesir kita, dan rakyatnya daripada segala perkara tidak diingini dan keburukan.

التوقيع

أ د. محمد بديع

المرشد العام للإخوان المسلمين

القاهرة: 25 من صفر 1432هـ= الموافق 29 من يناير 20011م

===========
Prof. Mohammed Badi’
Mursyid Am Ikhwanul Muslimin
Kaherah: 25 Safar 1432H = 29 Januari 2011M

===========

Diterjemahkan oleh:
Ustaz Engku Omar Amirudin bin Engku Ali,
Ahli Majlis Syura ISMA
Sumber: Ikhwan Online

Wednesday, February 9, 2011

PERSOALAN : CINTA ISLAMIK

Sedang saya membaca beberapa post di halaqah.net, ada satu post yang menarik perhatian.. beberapa halaqian di sana mengajukan soalan berkaitan perkara lumrah bagi manusia, iaitu cinta antara lelaki dan wanita bukan mahram.


Soalan 1 : cinta islamik tu mcm mana ek?.

Soalan 2 : mcm mn cara nak kenal org? xkan jumpa,pastu terus ajak kawen? Lawak pulak.. mcm mn cara dlm islam.... harap ade yg boley guide....

Soalan 3 : ceritakan sejarah mcm mn dia jumpa isteri dia? dan mcm mn dia bkawen? mgkin leh jadi panduan remaja semua...

Soalan 4 : betul tuh..cube seseorang bagi guide skit cara nk berkenalan cra islamic..

Soalan 5 : hah..ada sesapa yang tahu tak?..nak tahu jugak bagaimana caranya..(jumpa tengah jalan terus ajak kawen..kelakar la pulak...)

Soalan 6 : Nak sms boleh tak? Habis tu mcmmana nak kenal?

Soalan 7 : Kalau betul2 nak jaga semua benda, lambat la kawen..


Berikut penjelasan ringkas saya kepada halaqian dan jawapan tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada kesemua halaqian di halaqah.net. Alhamdulillah, mudah-mudahan mereka faham akan intipatinya.

*** Jawapan

Kembali kepada pokok pangkal dalam syariat Islam, kita harus melihat kepentingan baitul muslim dalam membina keluarga, kerana baitul muslim itulah kaedah paling berakhlak yang disunnahkan. Masalah timbul apabila kita tidak mempercayai konsep ta'aruf dan tidak memberi thiqah (kepercayaan) kepada orang tengah. Kita seharusnya percaya bahawa apa yang digariskan oleh syariat Islam merupakan model terbaik yang tentu sekali membuahkan hasil apabila dipraktikkan.

Sekiranya mukminah solehah mampu menjaga dirinya daripada menjadi perhatian, tentu sekali dia tidak terlibat dengan anasir cinta di tempat belajar/ tempat kerja. Seandainya terjadi sedemikian (sudah/sedang bercinta), haruslah wanita tersebut mencari penyelesaian dengan memutuskan untuk meneruskan ta'aruf dengan kehadiran ahli keluarga atau melalui orang tengah yang sudah berkahwin dan dipercayai. Bercinta dan berkenalan selama mana sekalipun tidak memberi jaminan untuk benar2 mengetahui hati-budi pasangan kerana pemerhatian manusia seringkali dikaburi fatamorgana dunia.

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 216)

Sememangnya ramai yang mendakwa mereka bercinta mengikut cara Islam bahkan tiada niat menghampiri zina.. namun harus diingat zina itu sering terjadi tanpa niat pada asalnya. pancaindera kita senang sekali menghampiri zina tanpa disedari. Bila sudah cinta, suara yang didengar terbit rasa cinta, wajah yang ditatap terbit rasa cinta waima pendapat2 ilmiah pun dilontarkan dengan rasa cinta..

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Telah ditulis bagi tiap Bani Adam bahagian dari zina, tidak mustahil dia akan melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Kaedah yang tepat untuk mengenali pasangan adalah melalui penyiasatan latar belakang melalui orang tengah dan juga ahli keluarga yang terdekat. Wasilah melalui perantaraan sebegini merupakan langkah terbaik untuk mengetahui personaliti dan ciri-ciri pasangan tersebut. Bahkan kaedah ini telah dipraktikkan oleh saidatina Khadijah yang bertanyakan akhlak Rasulullah melalui Maisarah (seorang hamba yang sentiasa menjalankan perniagaan bersama Rasulullah). Mengikut riwayat hadith, method merisik melalui utusan ini juga biasa dilakukan oleh Rasulullah saw. iaitu apabila baginda hendak menikahi seorang wanita, baginda akan mengutus seorang wanita lain untuk memeriksa perkara yang tersembunyi (padanya).(HR. Thabarani dan Baihaqi).

Sekiranya seorang mukmin yang soleh ingin memperisterikan seorang wanita yang tertentu, hendaklah melalui proses yang sama iaitu ta'aruf dengan dihadiri orang tengah. Bahkan Nazhar (melihat pasangan) secara berulang-ulang adalah dibenarkan semasa proses ta'ruf. Hal yang demikian terjadi ketika Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu meminang seorang wanita, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apakah engkau telah melihat wanita yang kau pinang tersebut?” “Belum,” jawab Al-Mughirah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

انْظُرْ إِلَيْهَا، فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا

“Lihatlah wanita tersebut, kerana dengan seperti itu akan lebih membantu mengeratkan hubungan di antara kalian berdua (kelak).” (HR. An-Nasa`i no. 3235, At-Tirmidzi no.1087. Dishahihkan Al-Imam Al-Albani Rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 96)

Sepanjang proses ta'aruf, penyiasatan terperinci boleh dijalannkan termasuk bertanyakan mengenai susur galur keluarga dan masalah kesihatan yang mungkin dihidapi oleh pasangan. Di zaman yang serba canggih ini, adalah lebih baik sekiranya pasangan tersebut menjalankan ujian kesihatan seperti saringan HIV, Hepatitis B dan Talasemia. Perkara ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan hidup berkeluarga. Sekiranya pihak lelaki/wanita berpuas hati dengan pasangan masing-masing, maka bolehlah diteruskan dengan Khitbah (peminangan).

Peminangan hanya perlu melibatkan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak kerana proses ta'aruf masih berterusan. Sekiranya sepanjang tempoh bertunang, ada pihak ingin memutuskan pertunangan, maka perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan kerana tiada pihak lain yang mengetahuinya. Majlis pertunangan yang diadakan besar-besaran dan dicanangkan kepada seluruh masyarakat bukanlah perkara yang disyariatkan dalam Islam. Selain itu, pasangan yang sudah bertunang ini hendaklah menjaga adab pergaulan mereka dan tidak berbincang melainkan perkara yang aula (utama) dan penting.

Ketika Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullahu dimintakan fatwa tentang seorang lelaki yang telah meminang seorang wanita, kemudian di hari-hari setelah peminangan, dia biasa bertandang ke rumah si wanita, duduk sebentar bersamanya dengan didampingi mahram si wanita dalam keadaan si wanita memakai hijab yang syar’i. Berbincanglah si lelaki dengan si wanita. Namun pembicaraan mereka tidak keluar dari pembahasan agama ataupun bacaan Al-Qur`an.

Lalu apa jawaban Syaikh rahimahullahu? Beliau berfatwa, “Hal seperti itu tidak seharusnya dilakukan. Kerana, perasaan pemuda bahawa wanita yang duduk bersamanya telah dipinangnya secara umum akan membangkitkan syahwat. Sementara bangkitnya syahwat kepada selain isteri adalah haram. Sesuatu yang menjadi pengantaraan kepada keharaman, hukumnya haram pula.” (Fatawa Asy-Syaikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin, 2/748).

Selepas proses peminangan, dan tetap hati mereka terhadap pasangan, maka bolehlah diteruskan kepada pernikahan. Perlaksanaan majlis walimatul- urus juga haruslah mengikut syariat yang ditetapkan Islam. Sila rujuk post-post yang lain untuk mendapat pencerahan mengenai walimatul-urus mengikut lunas Islam.

Method yang diperjelaskan adalah mengikut sunnah yang mana telah dibuktikan kejayaannya oleh Rasulullah, para sahabat, tabi' dan tabi'in. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari mereka, maka ikutlah atsar yang telah mereka jalani. Bahkan ada sebahagian dari sahabat kita di akhir zaman ini terselamat dari fitnah dengan menjadikan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai Qudwah hasanah (contoh ikutan yang baik). yakinilah bahawa kaedah ini tidak pernah lapuk, bahkan ia akan menyelamatkan anda dari maksiat dan kerosakan.

Abdullah bin Mas’ud r.a juga mengatakan: “Barangsiapa di antara kalian yang ingin meneladani, hendaklah kalian meneladani para Sahabat Rasulullah saw. Kerana sesungguhnya mereka adalah ummat yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya dan paling lurus petunjuknya serta paling baik keadaannya. Suatu kaum yang dipilih Allah untuk menemani Nabi-Nya, untuk menegakkan agama-Nya, maka kenalilah keutamaan mereka serta ikutilah atsar-atsarnya, karana mereka berada di jalan yang lurus.” [Dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Baar dalam kitabnya Jami’ Bayanil Ilmi wa Fadhlih II/947 no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir az-Zuhairy]

*** Berkenaan dengan jodoh yang lewat, berbaik sangkalah dengan Allah.. samada cepat atau lambat, segalanya sudah ditentukan Allah. kiranya sudah berusaha menjaga akhlak dan memelihara pergaulan namun masih belum bertemu dengan yang soleh/solehah, bermujahadahlah. koreksi kembali hubungan kita dengan Allah dan manusia amnya. tenung-tenunglah ke dalam mata ibu-bapa yang tersembunyinya redha, Lihat-lihatlah pada tali sillaturrahim yang mungkin putusnya tidak disengaja.. bahkan perhatikan hidup seharian kita, adakah urusannya terjaga dan terselia? Kalau membasuh dan melipat baju sendiri pun masih bermasalah, apatah lagi membina keluarga.. mampukah menyempurnakan urusan rumahtangga yang berpuluh kali tuntutannya? mungkin itulah salah satu rahmat Allah.. mengapa masih belum berumahtangga, Allah ingin memberi peluang melengkapkan diri dan bersiap siaga, menjadi calon yang lebih mantap persiapannya.

analoginya cukup mudah, seorang anak yang masih kecil, darjah 6 memohon kepada ayahnya agar dibelikan motosikal untuk ke sekolah. Masakah ayahnya akan mengabulkan permintaan anak tersebut? kerana kasih-sayang, ayahnya menolak permintaan itu dengan niat akan memberikannya apabila tiba waktu yang sesuai demi mengelakkan mara bahaya. (analogi sahaja)

begitu juga dengan manusia. apabila ada permintaan belum tertunai, ada rahmat dan kasih sayang Allah disebaliknya. Segalanya untuk kebaikan manusia. termasuklah dalam urusan jodoh. walaupun sudah lewat usia, yakinlah bahawa janji Allah itu benar.. bila sampai waktunya jodoh pasti tiba.. elakkan maksiat dan tingkatkan kendiri.. agar nanti bila tiba waktunya, itu lah detik tepat bagi seorang hamba menemui jodohnya.. (itu lah waktu paling selamat untuk anak tadi mendapatkan motosikalnya)..

nilaian manusia di sisi Allah adalah taqwa.. bukan awal atau lewatnya jodohnya.. mantapkan iman.. jangan takut pada usia... jagalah hak Allah.. Allah pasti akan menjaga hakmu..

Wallahua'lam. Semoga terpelihara kita semua dari fitnah/maksiat/syahwat yang akan meruntuhkan baitul muslim dan ketamadunan ummah.

DOSA GHIBAH

Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah.


Definisi Ghibah


Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah yang berikut:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat.


Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.


Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berkuasa memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan berkuasa untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbezaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih dari itu.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya, supaya masyarakat dapat mengelak diri daripada gangguannya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain dapat mengenalinya dengan mudah. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.

wallahua'lam

sumber: http://hikmatun.wordpress.com/2007/11/05/ghibah-mengumpat-yang-dibenarkan/

_____________________________________________________________________

Mudah-mudahan kita semua menjauhkan diri daripada perkara ghibah yang bertujuan memburukkan-burukkan muslim yang lain, kerana jalan ke arah itu mungkin terbentang luas. Takutlah kepada dosa mengumpat yang hanya-sanya boleh dimaafkan oleh si mangsa. Jangan ditambah dosa kita yang sudah sedia banyaknya.