Wednesday, March 3, 2010

Jangan Terpedaya CABUTAN BERTUAH CELCOM

Assalamualaikum

Dah lama tak kemaskini blog.. masih lagi sedang menyiapkan buku sains edisi ke dua tahun ni. tapi disebabkan ada satu cerita menarik yang nak dikongsi bersama, bahkan rasanya cerita sebegini tak boleh disimpan-simpan.. bimbang merugikan orang lain yang mungkin masih belum tahu-menahu akan isu ini..

Selalunya saya akan menerima sms atau email yang nak bagi duit free kerana cabutan bertuah dan sebagainya.. tapi tu semua kita tahu siang2 menipu.. tapi kali ni tektik yang digunakan lebih berani.. si pengusaha duit haram ni terang-terangan menelefon untuk bagi duit free ni.. ada baiknya saya kongsi perbualan antara saya dengan penipu yang mengaku daripada ibu pejabat celcom ni..

encik penipu : assalamualaikum dan selamat pagi
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya bercakap dari ibu pejabat celcom kuala lumpur. adakah encik pemilik no tel 013*******?
saya : ya saya
en. penipu : kami dari celcom ada membuat cabutan bertuah untuk pelanggan kami dan nombor encik telah terpilih mendapat tempat ketiga dengan ganjaran rm5000.
saya : ye ke? (dlm hati: aik, ade ke cabutan bertuah camni? senangnya nk dpt duit.. tpi bagus jugak kalo betul, duit scholar belum masuk lg ni}..
en.penipu : betul encik. kami ingin mengucapkan tahniah kepada encik dan pihak kami akan memasukkan duit ke dalam akaun encik. boleh encik berikan no akaun maybank?
saya : o no akaun? kenapa maybank? CIMB tak boleh?
en. penipu : Tak boleh encik sebab kami berurusan melalui maybank.
saya : ok. tunggu jap. (dalam hati: boleh kot bagi no akaun. sebab selalu beli barangan online memang no akaun bersepah je.. no akaun aman palestin pun ada kt mana2..) .. ok ni no nya.. ************
en. penipu : baiklah encik, encik ada atm kad?
saya : ada, kenapa?
en. penipu : sekiranya encik ingin menuntut duit tersebut, encik perlulah berada di hadapan mana-mana ATM maybank untuk mengeluarkan duit tersebut sebaik sahaja duit di bank-in kan..
saya : aik? macam tu pulak? pelik betul. (dalam hati : sah.. memang orang ni nak menipu.. ) encik, kalau betul-betul nak bagi duit tu, bank-in je la, bila2 saya keluarkan.
en. menipu : tak boleh encik.. sebabnya kami ingin mendapatkan rekod bahawa pelanggan kami telah benar-benar mendapat ganjarannya.
saya : pelik jugak.. maaflah encik, saya sibuk.. sekarang ni kan waktu kerja. mana ada masa nak pergi ATM.
en. penipu : kalau begitu pihak kami akan menelefon encik semula selepas waktu bekerja jam 5 petang.
saya : suka hati la.
en. penipu : pihak kami berharap agar mendapat kerjasama dari pihak encik dan encik sudah bersedia di hadapan mesin ATM pada jam 5.00 petang.
..............................
lepas perbualan pertama, saya yakin ini satu penipuan. tapi rasa nak tahu pulak macammana teknik penipuan ni dapat berkesan menyedut duit daripada akaun kita. sambil berfikir-fikir saya meneruskan kerja tnpa bercerita kepada sesiapa.
................................
JAM 5.00 Petang telefon berdering lagi. masa tu tengah discuss spectrum dengan supervisor di lab

en. penipu : assalamualaikum encik.
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya daripada ibu pejabat celcom tadi. adakah encik sudah berada di hadapan mesin ATM?
saya : Sorry la encik, saya bz sangat tak sempat ke ATM
en. penipu : encik, pagi tadi encik berjanji akan bersedia di mesin ATM selepas waktu pejabat.
saya : (eh, marah plak mamat ni)tak sempat la encik. kenapa beria-ia nak saya duduk depan mesin ATM ni?
en. penipu : seperti yang saya katakan, kami ingin memastikan pelanggan kami menerima wang ganjaran tersebut secara terus.
saya : ye ke? mcm mana encik nak pastikan?
en. penipu : encik perlu berada di hadapan mesin ATM untuk mengetahui kaedahnya. bila encik boleh meluangkan masa mendapatkan mesin ATM?
saya : (berapa kali ntah sebut mesin ATM.. mesin ATM.. rasa cam nak marah tapi disebabkan kat situ ada prof khalijah ngan prof hadiani.. tak jd plak...) oklah encik.. apa kata esok je?
en. penipu : kalau macam tu, pukul berapa esok encik akan berada di mesen ATM?
saya : pukul 10 pagi
................................
Balik malamnya, saya menceritakan penipuan terancang yang tak berapa cerdik ni kat kawan-kawan.. tapi ada gak yang kata "eh, mana tau betul-betul orang tu nak bagi duit?" hehe.. lawak plak.. mana nak dapat duit senang2 mcm tu.. kalau peraduan power root pun ntah paket yang ke berapa puluh ntah baru bleh masuk peraduan, ini tup tup nak bagi duit.. takde plak masuk tv celcom nak buat cabutan bertuah mcm tu.. tapi disebabkan perasaan ingin tahu, saya akan jawab panggilan pagi esok dan merancang sesuatu.. hehee.. tiba-tiba..byk plak masa terluang nak melayan penipu professional ni..
.................................
jam 10.20 pagi telefon berbunyi.. kat situ tertera.. private number.. masa tu ada di lab dengan kawan-kawan lain..

en. penipu : assalamualaikum encik
saya : waalaikumsalam
en. penipu : saya dari ibu pejabat celcom. adakah encik sudah bersedia mendapatkan ganjaran encik daripada mesin ATM maybank?
saya : dah.. sebelum tu siapa nama encik?
en. penipu : nama saya adul aziz sulaiman. adakah encik benar-benar sudah bersedia di hadapan mesin ATM?
saya : dah (haha.. sejak bila pandai berlakon ni?}
en. penipu : (nada happy) kalau begitu encik bolehlah mengikut arahan saya untuk mendapatkan duit encik sebanya rm5000.
saya : ok
en. penipu : masukkan kad ATM encik dan PIN no.
saya : dah
en. penipu : apa yang tertera pada skrin tersebut?
saya : mcm biasa la.. akaun semasa.. akaun simpanan.. (nasib baik bleh imagine)
en. penipu : kalau begitu encik tekan butang lain-lain dan tukar no pin encik kepada 123456
saya : aik, kena tukar no pin plak? encik ni nak masukkan duit dalam akaun saya ke nak saya masukkan duit dalam akaun orang lain.
en. penipu : prosedurnya memang begitu.. masukkan nombor 123456
saya : oo.. ok.. encik nak duit tak? nanti kita share la duit ni
en. penipu : nak share? encik kena masukkan dulu no pin 123456 ke dalam tu..
saya : (hehe..) ok dah
en. penipu : adakah encik pasti? cuba encik masukkan sekali lagi
saya : eh.. kan saya dah masukkan, tak dapat nak detect ke hape?
en. penipu : (bengang) rupanya encik tidak berada di hadapan mesin ATM sekarang.
saya : siapa dah nama encik tadi? abdul aziz? apa ye alamat ibu pejabat celcom?
en. penipu : ...beralamat di jalan semarak
saya : kalau betul encik mendapat maklumat daripada celcom.. adakah encik tahu nama saya selaku pelanggan celcom?
en. penipu : polisi kami adalah cabutan bertuah melalui nombor telefon. jadi kami tidak mengetahui nama pengguna
saya : (hehe.. malas dah nak bohong lg).. encik..kalau encik betul2 daripada celcom encik mesti tahu nama saya kan? kalaupun nak menipu tak payah la guna tektik ni.. semua orang dapat tahu.. saya ni budak sekolah tau.. bukan orang bodoh.. (mcm tak caya plak bleh tercakap mcm tu)
en. penipu : apa yang encik cakap ni, saya betul2 daripada celcom
saya : encik, lain kali kalo nak tipu carilah pendatang asing tanpa izin ke...
en. penipu : apa yang encik cakap ni?
saya : encik ambik la duit tadi tu.. saya bagi kat encik je.. bagi makan anak-anak pakai duit haram tu..
en. penipu : saya islam, encik pun islam.. saya ni haji tau.
saya : (hehe.. lawak) kalau dah gi haji, apa hukum tawaf kalau tak pakai stokin.. sah tak? (apa ke bentuk soalan ntah yang terkeluar spontan.. hahaa)
en. penipu : e..ee..
saya : tak payah dah nak tipu-tipu orang lagi.. duit tu duit haram tau..
en. penipu : @#$%^&**!@#$%%% (mencarut tak henti)
saya : dah la encik, tak payah nak mencarut pulak.. duk mana ni, luar malaysia ke?
en.penipu : sabah
saya : o sabah tadi ckp KL. ni line telefon pun curi ke.. dah la.. kesian plak banyak kena bayar bil telefon.
en. penipu : dah la.. oklah.. assalamualaikum
saya : malas nak jawab..
.......................................
wah.. satu pengalaman dapat menginterview penjenayah yang terlibat kebas duit orang melalui mesin ATM ni. sungguh menyedihkan bila manusia yang mengaku Islam tak lagi kesah tentang halal haram.. lepas je temubual pagi tadi, cepat2 sms adik2 bagi warning tentang penipu yang berani2 nya call orang. bukan apa, takut adik2 yang masih mentah mudah percaya.. maka habislah duit yang tak seberapa dalam bank tu lesap.. nauzubillah.. mudah-mudahan tak sia-sia conversation tu.. bleh bagi peringatan kepada orang lain. nak buat report polis pun maybe kes ni dah terlalu lazim.. cuma bila terkena kat muka kita rasa excited plak nak tanganinya.. wallahualam